Thursday, March 10, 2011

pastikan yg duit...adalah duit!

assalamualaikum...

sedikit kesinambungan dari diskusi saya bersama beberapa orang sahabat yg pernah menyertai kursus saya dulu. kebanyakkan mereka (dan juga saya) risau dgn perkembangan semasa. perkembangan perjalanan kehidupan yg terlalu sibuk mencari pendapatan & wang ringgit. saya cuma sempat mengutarakan satu isu sahaja. iaitu terdapatnya dua golongan khusus bagi orang islam yang dikurniakan Allah kemurahan rezeki wang ringgit.




satu, yg Allah murahkan rezeki wang ringgit kepada mereka tetapi mereka semakin jauh dari Allah dan semakin melupai kenapa mereka dicipta. mereka ini semakin ramai. bila Allah 'mewah'kan mereka dgn wang ringgit, mereka semakin merasakan yg wang ringgit itu dah seperti tuhan bg mereka. sakit je...nampak hospital lima bintang, doktor pakar. makan je...dah nampak tempat eksklusif dgn makanan yg mahal, makan pun dah kerap tak habis (pembaziran), bagi mereka ada duit semua ok. mereka sibuk mencipta agenda mereka bersesuaian dgn duit yg mereka ada. dan percayalah...duit bila dicari dia jadi semakin tak cukup! bila waktu mereka ke majlis ilmu? bila waktu mereka berjemaah? bersedekah? berdhuha? berzikir? bermuhasabah?....dan bersyukur? dan bermacam-macam amalan untuk mendekatkan diri pada Allah....bila?

yg kedua, adalah golongan yg Allah kurniakan rezeki wang ringgit (di sini saya hanya khususkan utk 'wang ringgit' sahaja...saya tahu pengertian rezeki itu luas) mereka jadi semakin rapat dgn-Nya. jumlah sedekah mereka semakin besar, syukur mereka semakin kerap, peruntukkan waktu, tenaga dan wang ringgit mereka utk beramal semakin banyak. mereka ambil sekadar yg cukup utk keperluan dan keselesaan...dan yg lain mereka infaqkan kembali ke jalan-Nya. mereka manipulasi wang ringgit kurniaan-Nya utk membeli saham akhirat sebanyak mungkin...sebab saham akhirat itulah yg akan menyelamatkan mereka 'di sana' kelak.

jadi jum-la kita cari 'wang ringgit' itu tetapi hanya utk menjadikan kita semakin dekat dgn-Nya dan menyelamatkan kita 'di sana' kelak, bukan mencari wang ringgit utk kita jadikannya sebagai tuhan kita. bersedehanalah. saya dan sahabat yg berdiskusi tadi memang perasan bahawa golongan yg pertama di atas sudah semakin ramai dan bertambah. dan selalunya (walau tidak semestinya) utk golongan ini, bila mereka bersedekah mereka 'berriak', bila mereka beramal mereka nak org lain tahu, bila mereka pergi haji - satu dunia mereka canang, bila mereka menolong orang mereka cari publisiti.

perasan tak kita...bila kita sakit dan kurang duit, kita berdoa dan mengadu pada-Nya, tapi bila kita sakit dan ada duit...kita teringat Hospital Ampang Puteri, Tawakkal...Pantai dan sebagainya.

disamping mengutarakan isu utk renungan bersama, artikel ini lebih kepada mengingatkan diri saya sendiri...sama-samalah kita fikirkan...wallahualam.

8 comments:

Afida Anuar said...

thanks nahmy..utk entry ni.

Sekarang ramai yg kumpul duit....macam nak hidup selama2nya kat dunia, sampai lupa nak kumpul 'duit' tuk hidup yang kekal kat sana..

MAZEMIE MAZ said...

Salam.
Ada org bila sakit baru ingat kematian... hehe...

DrSam said...

ASM. memang masih ramai yang mengejar pelangi. tapi itu resam dunia. bagi yang tahu dan faham jadikan iktibar terbaik.

Aishah said...

Assalamualaikum.

Biarlah apa yang kita buat di dunia ini adalah untuk menfaatkan ummah.

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Semoga 'duit' tersebut dapat menyelamatkan kita dari azab siksaan Allah di akhirat kelak.

Bersyukur dapat banyak duit, bersyukur juga kalau kurang duit. Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.

TQ

nahmy said...

afida..
mmg kita kena hati-hati jgn sampai cari duit...akhirnya duit balik yg sesatkan kita. benda ni lah yg saya pesan kat diri sendiri selalu...

brother mazemie..
w'salam. lama tak dgr berita? apapun itu mmg benda biasa...bila dah nazak br teringat yg kita ni boleh 'mati' rupenya..

doc sam..
w'salam. menmgejar ilusi...sebenarnya tu. apa ada pd pelangi? tp kejarlah kepada pencipta pelangi tu..

aishah...
selamat dtg ke blog marhaen ni. benar...'sampaikanlah ayatku walaupun hanya sepatah'..itulah pesanan Rasulullah

admin p@p..
ada duit kat dunia kita buat beli 'saham' akhirat..itule yg idealnya

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

erm.. walaupun duit penting tp jng lupa kumpul utk ke sana juga.. manusia ada yg terleka.. bila mengumpul tu.. tau2 teralpa pl.. mudah-mudahan kita terhindar.. InsyaAllah..

nahmy said...

maiza..
wa'alaikumsalam. mudah-mudahan kita semua terhindar dr kealpaan tu..