assalamualaikum...
rutin harian, setiap pagi menghantar anak ke sekolah dah beres. hantar anak yg bongsu je kejap lagi akan dilakukan. isteri? hari ni dia cuti....lapangle sikit jadual hari ni. saya? disebabkan isteri cuti maka saya pun turut cuti...lapangle sikit jalanraya tanpa keta kami. tapi itu pun tak tahu lagi. kalau isteri ada agenda lain...maka keta kami akan kembali bersama keta lain memenuhi jalanraya. jalan semakin sakan 'raya'nya...tapi kami takle pula dapat ber'raya' pun.
sebenarnya kalau cuti, memang kami suka ambil pada weekdays sebab bila anak-anak ke sekolah maka rumah pun kosong. yang ada cuma kami berdua...jadi adale sikit masa kualiti 'suami-isteri' tu. kalau berjalan keluar pun cuma berdua je le. tapi sebenarnya dari berjalan keluar memang kami suka duk di rumah je...sebab setapak kita keluar rumah dah berkoyan 'kos'nya. petrolnya..tolnya, makan-minum..terkebeli barang yg tak sepatutnya...dan macam-macam lagi. kalau duk di rumah..takde sangat kosnya dan badan pun dapat berehat sikit.
tapi tak taulah lagi...takut sat lagi isteri ajak pi LHDN sebab nak hantar borang B ke, atau ajak pi beli barang keperluan sikit ke...atau entah apa-apa lagi maka terpaksalah keluar juga. cuma bila keluar masa weekdays ni ada satu benda yang bagusnya...orang takle ramai kat tempat tumpuan tu sebab diaorang semua tengah bekerja. jadi bolehle ambil masa sikit. apapun...bila buat benda dan agenda camni yg pastinya kena 'rahsia'kan dari anak-anak (terutama yang sulung) sebab bila diaorang tahu abah bercuti dengan mak je...diorang boleh naik jeles...entahle sebab apa?? jeles sebab takut dapat adik lagi kot??wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
6 comments:
Anak-anak Tie dulu pun macam tu laa.. Duduk dekat, suami isteri pun mereka sound! Mesti ada sorang duduk mencelah di tengah-tengah. Sekarang ni bila semua dah besar, lega sikit. Bolehlah jalan berdua sambil pimpin tangan, hahaha....
pergi shopping waktu weekdays mmg best! rasa shopping complex tu macama ana yg punya :D
.
.
nak tambah 'adik' lagi ke? hehehe
السلم عليكم ورحمة الله
Best dok rumah waktu orang semua pegi kerja...kalau boleh pegi jogging pas hantar anak ke sekolah..:)
Amboi Nahmy..bersenang lenang di kala orang lain bekerja ya...
Assalamualaikum.
Selamat cuti. Semoga niat nak bagi adik pada kakak tu segera dimakbul Allah.
TQ
kayteeze..
huuila kak...nak tunggu anak2 saya tu besor alamat tak 'bersentuhan' le saya dgn isteri..hehehe
KTS...
yep...mmg best! bab tambah 'satu lg' tu...insyaAllah
Abd Razak..
w'salam...jogging? satu cadangan yg baik tu
fida...
alarrr...sekali-sekala...
admin p@p..
niat mmg ada tuan...takut 'kemampuan' je yg takde...hehehe
Post a Comment