Wednesday, March 16, 2011

bila tsunami melanda

assalamualaikum...

bila tsunami melanda Jepun apa yg selalunya kita teringat? tentunya bersyukur sebab negara kita tak dilanda bencana sedemikian rupa. ya..memang kita bersyukur. adakah kita bernasib baik? mungkin juga. adakah kita bertuah mempunyai negara seperti Malaysia yg tersisih dari bencana seperti itu? mungkin ya...dan mungkin tidak. kita bersyukur pastinya, kita bernasib baik....sapa pulak yg jadikan nasib kita baik....dan kita bertuah, benarke kita bertuah lahir di Malaysia atau Malaysia yg bertuah dapat kita?






yg ketiga, bab bertuah tu...pada hemat marhaen saya...takde kena mengena dgn kita atau negara kita. Malaysia dah memang bertuah ada atau tanpa kita, dan kita juga dah memang bertuah samada lahir di dalam atau luar Malaysia. kalau kita lahir di Jepun pun kita kena beranggapan camtu juga sbg rakyat Jepun. ianya takde kena mengena dgn tuah rakyat atau negara mereka.

jadi camtu sebab apa Jepun masih dilanda bencana walaupun ia negara bertuah dan ada raykat yg bertuah? (teruk juga nak pikir ni!!). satu, lagi sekali pada hemat marhaen saya ialah...sebagai Qada dan Qadar Allah, kedua sebagai peringatan pada kita iaitu negara semaju dan sehebat Jepun yg mempunyai teknologi canggih mengesan pergerakkan taufan, gempa bumi dari segenap inci dunia malahan dari satelit masih tidak dpt menjangka dgn tepat bila bencana tersebut datang melanda. dgn kata lain, Dia nak tunjukkan kat kita 'apa sangatlan teknologi yg kita ada' kalau di banding dgn kehendak-Nya.

jadi marilah kita beringat bahawa tiada yg mustahil bagi-Nya, berdoa semoga kita semua dijauhkan dari bencana sebegitu dan bersyukurlah yg kita masih aman dan tenteram....wallahualam.

5 comments:

zue said...

tinggi mcm mana teknologi jepun....kuasa allah tiada sapa dpt menghalangnya.

jauhilah negara kita ditimpa musibah.

KTS said...

semoga mereka sedar, TUHAN itu wujud.
dan teknologi bukan tuhan.

Afida Anuar said...

Setahu saya, ramai rakyat Jepun yang tiada agama. Doa saya,lepas kejadian ni... depa akan buka hati..buka mata..untuk mencari Tuhan yang sebenar, Allah swt.. Allahuakbar...sapa tau, hikmah dari kejadian ni, ramai rakyat Jepun yang memeluk Islam.... AMeen...

setiap apa yang berlaku tu kan, pasti ada hikmahnya;)

MaizaC'Joe said...

ya.. Maiza sama pendapat ngan kak fida. Rakyat Jepun kebanyakkan tiada agama. Alhamdulillah Allah pelihara kita.. nak kita beringat.. betul tu bro Nahmy.. sejak tragedi tsunami di sana.. Allah turunkan hujan kpd kita setiap hari kan... ada perancanganNYA

nahmy said...

zue...
benar tu...teknologi tinggi pun hasil dari pemikiran yg Allah beri

KTS...
tp ramai yg pikir sains & teknologi tu tuhan skrg ni

afida..
benar...org jepun sembah api/matahari, jd iktibarnya pd kitalah. cabaran & dugaannya pd mrk

maiza..
Allah masih sayangkan kita..sebab itu dia jadikan bencana tak berlaku pd kita, tp kita kena ambik iktibar