Tuesday, March 08, 2011

ketapi peluru

assalamualaikum..

bila dah jadi maju negara kita nanti (tahun 2020 klu tak salah!) maka adakah kita juga akan ada 'bullet train' camni? senang nak pi keja walau rumah di K.L tapi opis di J.Bahru misalnya. perjalanan jauh beratus kilometer cuma memerlukan beberapa minit je utk sampai ke destinasi.

berapa plak kos membeli, menyelenggaranya kan? berapa pula gamaknya kita kena bayor harga tiket tu nanti? berapa pulak ramainya yg 'tergilis' olehnya? kita memang kekadang terhingin bebenda camni...tapi 'kesesuaian' dgn kemampuan kita pun kena kaji gak dulu. tapi yeela...klu masa tu kita dah maju...tentu kita dah ada byk duit kan? tentu orang miskin pun dah takde kan?





jadi kalau dah lagu tu...beli atau bina je la pengangkutan camni. bior dunia tahu kita ni pun ada pengangkutan teknologi canggih. saya pun tentu dah tua masa tu..(klu panjang umurle) dan tentu nak juga merasa naiknya. tapi kan bila pikir yg ERL dari KLIA ke KL Sentral tu pun tak pernah saya menaikinya...maka hilang plak selera nak mengelamun naik 'bullet train' camni....herrmmm...entahle....wallahualam

5 comments:

Afida Anuar said...

alaa, dari KL central ke KLIA tu pun biasa je Nahmy.. tak laju pun..errr.

Ok sambung mengelamun naik bullet train..heh!

kayteeze said...

Ish, kalau ada keretapi gitu kat sini senanglah nak balik Kota Tinggi.. Tapi kat ganu dan kota tinggi ni tak ada laluan keretapi. Leceh laa...

Ku Tak Sempurna said...

bygkan keretapi dlm citer hindustan, bertukar dgn bullet train

mesti pengarah hangen je... belum siap satu 'take' dah smpi destinasi lain. dah tak romantik aar.


hihihi

shameel Iskandar said...

Bagi saya, lebih baik kerajaan tumpukan perhatian utk memajukan sistem pengangkutan sedia ada secara menyeluruh. kat sabah(berdasarkn pengalaman 6 tahun saya menetap kat sana) van yg dijadikan sebagai bas.

nahmy said...

afida..
camna slow atau laju ERL tu saya ttp nak try gak.

kayteeze..
TGV bullet train tu boleh bergerak 524km sejam. makan sampai Penang dari KL dalm sejam je la...perhh!

KTS..
sbb tulah citer hindustan kena pki ketapi wap/beca/bas dan keta lembu.

shameel..
itula yg sebaik-baiknya...perbaiki sistem pengangkutan yg ada