Wednesday, March 23, 2011

SPM...bila mak bapak yg gabra

assalamualaikum...

hari ni bebudak yg amik SPM pasti sedikit 'gabra'. lepas pkl 10 masing-masing akan tahu keputusan mereka. mak bapak lagi le 'gabra'...macam diorang pun amik gak SPM tu. saya sbg bapa dah tentu 'terasa' apa yg mak bapak bebudak tu rasa. cuma anak saya tahun ni baru nak amik UPSR. suspen dan gabra tetap terasa.

kalau nak pikir betul-betul sbb apa mak bapak perlu gabra? entah..susah nak cakap. kalau nak pikir gagal periksa, bukanlah 'penamat' segala perkara. tuhan tak tetapkan pun cam tu tapi kita plak yg memandai buat diri sendiri tak selesa. klu gagal SPM makna budak tu dah 'doomed' la? camtu ke? masalahnya mak bapak zaman ni (termasuklah saya) terlalu sgt di buai dgn kehidupan dunia, terlalu merasa hidup dunia tu penting. kalau takde pelajaran...nanti susahle hidup budak tu nanti. lagi sekali..sapa yg cakap? Allah ke yg kata camtu? rasanya dlm Quran takde pun statement camtu..

betullah...bila saya cakap camni org akan kata,"eleeh..dia tak kena betul-betul bolehle cakap camtu". isunya...saya tgh didik diri. saya tgh cuba memahami macamana orang macam Bill Gates boleh kaya walaupun tak abis belajar. SPM hanyalah satu tingkatan dalam penimbaan pelajaran oleh anak-anak kita tapi pelajaran sekolah hanyalah salah-satu cabang 'ilmu' dalam kehidupan. bermakna gagal 'ilmu' yg ini ada banyak lagi ilmu lain. memang saya sendiri tak cakap kat anak kalau gagal takpe, sebabnya kita nak dia 'score' yg terbaik mungkin utk 'ilmu' yg ni. tapi kalau masih dia gagal maka kita 'tunjukkan' pula ilmu lain. mudah-mudahan ada ilmu lain yg dia akan jadi 'pakar'...yg boleh menjadikan dia mudah hidup di dunia dan dapat pula jadikan dia selamat di akhirat kelak.

jadi pada mak bapak (termasuk saya), percayalah bahawa yg selamat dan selesakan anak-anak kita dalam kehidupan dunia ini adalah 'ilmu' bukannya pelajaran. seperti yg Rasullulah sabdakan...utk mendpt dunia perlu ada ilmu, utk mendpt akhirat perlu ada ilmu dan utk mendapat kedua-duanya perlu juga ada ilmu. wallahualam

5 comments:

KTS said...

klu kita yang nak ambik result ni gabra kuasa 2, mak pak yg tggu kat umah gabra kuasa 10.

masa time aku amik result spm dulu,saja je aku blk umah buat muka sedih. mak siap ckp, takpe la. dpt masuk form 6 pun takpe. padahal.... hihihi


:D

Afida Anuar said...

Nahmy, kononnya berjaya SPM barulah berjaya dalam hidup. Tak berjaya kira gagal.. Allah...perkara ni macam dah di set dalam minda kita semua. Perasan dak?

tapi kita tak sedar, rezeki Allah tu bukan SPM je penentu baik buruk masa hadapan. Adik lelaki saya, tak masuk U pun, SPM paling corot... tapi dalam ramai2 kami adik beradik2 yang masuk U..dialah yang paling berjaya/kaya.

MaizaC'Joe said...

Bro Nahmy, Rezeki semua di tanganNYA kan.. tapi mcm kata kak fida kita dah set di minda SPM penentu. walau mcm mn pun.. SPM penting lain klu kita kerja sendiri berniaga atau apa2 ja..

Cousin Maiza 8A 1B for SPM 2010.. Sek Maiza menuntut ilmu sekali lagi muncul sekolah terbaik [SMK SULTANAH ASMA] terasa seronoknya.. terasa terbayang saat2 tu dulu..

yg tak dpt masuk U.. tak semestinya dia tak kan berjaya.. Allah tentukan yg terbaik lg untuknya.. ada sbb musababnya

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Peganglah sekuatnya bahawa rezeki setiap kita manusia sudah ditentukan oleh Allah Taala sebelum roh ditiupkan kepada jasad kita...

nahmy said...

kts..
perkh! budak pandai grupenya cik KTS ni..

afida..
gitule..sebenarnya kalu nak kata ujian dlm hidup ni...berapa byk ujian lagi yg lebih hebat dr SPM tu yg perlu kita hadapi

maiza..
serhgonok masuk U memang serghonok tp tanggungjwb byk tu

abd razak..
syukran atas pesanan.