Thursday, March 03, 2011

wow! dahsyat nih!!

assalamualaikum...

bila terbaca metro pagi ni tetiba tertarik plak kat ruang yg ada citer pasal band rock islamik ni. band rock yg dinamakan sempena Imam Abu Nasr Muhammad Al-Farabi.

saya tak mahu nak komen apa-apa cuma adakah ini sebahagian dari apa yang dikatakan 'niat menghalalkan cara?'. dah terlalu susahke nak berdakwah sampai nak kena tubuh band rock? dah cuba ke dakwah cara lain dulu sebelum tubuh band camni? dah habis ikhtiar? atau memilih cara ni kerana 'sesuai dengan jiwa'?






macam saya kata, saya tak mahu komen banyak? nanti jadi isu kontroversi...saya pun bukan orang pandai agama. cuma soalan-soalan yg saya nyatakan diatas hanyalah sekadar nak mengajak kita berfikir, bermuhasabah...merenung kembali akan apa yang Allah nyatakan dlm Azd-Zariyat 56 :'tidakkah Aku jadikan jin dan manusia hanya utk beribadat kepada-Ku'. adakah ini satu cara beribadat? walaupun lirik lagunya berciri ketuhanan?...renung-renungkanlah. wallahualam


p/s: apa pula yg muncul lepas ni...band heavy metal islamik? mungkin dgn nama Alamak gamaknya.

6 comments:

Anonymous said...

Kita faham maksud Nahmy tu.

Tak selesa tengok benda-benda gini. Adoi laa...

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Bukan caranya, hanya mengundang bahaya kepada kita

Afida Anuar said...

Patutnya kena jaga dari segenap segi. Memang niat nak berdakwah, tapi orang kata, patut kena dengan caranya. Takut kita sendiri yang hanyut bersama. Ke gane?

zue said...

perkara2 mcm ni mmg susah nak diberi komen sbb yg alim ulama tidak brkata apa2 apalagi kita yg cetek ilmu utk mmpertikaikannya.

Maiyah said...

assalam..
sy suka ngan rock.. mmg jiwa rock tp kalo bab ni sy x stuju.. heavy metal?.. jgn le.. bleh bygkan camne

nahmy said...

kayteeze..
gitule kak..dahle risau bertambah runsing..bila memikirkan pengaruhnya pd anak2 nanti

abd razak..
w'salam...mmg byk lg 'cara' lain yg belum diterokai

afida..
yela..muzik rock tu kan keras...cam tak kena dgn Islam yg 'lembut' ni

zue..
setuju..setuju..setuju

maiyah..
yela tu..rock..rock juga tp bior bertempatla kot