Friday, March 21, 2014

kalau 'kilang selipar'...tak boleh ke??

tak paham aku...kenapa mesti 'kilang biskut'?...kenapa tak kilang roti...kilang tepung...atau kilang beras ke. apa signifikannya kilang biskut tu..haa..'aa..kenalah anda menontonnya. aku mungkin tak kot...sebab bila dah tonton zombi kilang biskut ni aku khuatir aku akan jadi susah makan biskut. sedangkan biskut adalah antara makanan kegemaran ku ketika poket nipis...heh!

aku paham citer-citer zombi yg terdahulu begitu berjaya mengutip jutaan ringgit. berjaya ditonton oleh banyak lapisan masyarakat...cuma aku tak paham bila zombi yg terdahulu berjaya maka kena juga ke buat filem zombi? entah le. mungkin ikut style mat saleh kot...macam die hard tu dah sampai die hard 5 sekarang ni atau macam citer superman tu. mungkin aku ni naif pasal industri filem ni tapi aku rasa la kan...orang yg tengok citer zombie dulu tu yg akan tengok zombi yg terbaru ni (well...mungkin aku silap), jadi macamana dgn orang 'baru'...penonton baru ( yg tak pernah tengok citer zombi yg dulu tu)?

pada aku la kan...kalau nak buat juga filem zombi...cubalah cari tajuk yg 'membina' sikit, jalan citer juga ada elemen membina dan mendidik...dan gunakan teknologi terbaru untuk menunjukkan taraf zombi yg terbaru telah meningkat dari taraf yg terdahulu ( again...this is just my two cent words). aku tengok citer zombi world war Z tu (lakonan Brad Pitt tu)..dan bukan aku nak puji geng-geng mat saleh (regardless of the fund & technology) tapi elemen saintifik..membina minda masih ada dalam filem tu. ia tidak dilihat seperti nak jadikan penonton jadi kurang cerdik. tapi apapun...tepuk dada tanya seleralah...cakap lebih-lebih nanti marah plak geng-geng minat zombi melayu kat aku....hermmm...

wassalam,
nahmy


Thursday, March 20, 2014

insyaAllah...dah tak lama lagi tu...

adalah sikit sembang-sembang aku dgn beberapa rakan tempohari pasal MH370 ni. diorang tanya apa pula aku punya teori? aku cakap kat diorang dan kat sini juga aku nak cakap yg aku memang takde teori...takde andaian atau dok pikir-pikir camana MH370 tu boleh hilang. kalau ada teori pun apala sangat dari otak kecil dari orang 'kecil' cam aku nih. if you don't know how to lead...why bother...just be a follower. jadi aku cuma ikut je apa yang geng-geng cerdik pandai tu dok cakap dalam tv, akhbar dan radio.

tapi aku ikut perkembangan isu ni. dan yg terbaru perihal satelite Australia yg ada kesan sesuatu seperti kapal terbang di perairan Selat Melaka tu. aku harap dalam beberapa hari yg mendatang ni selesai dan terungkailah kemelut kehilangan MH370 ni...mudah-mudahan. camana kesudahannya...itu aku reserve my comment.


cuma yg aku sedih sikit perihal bebudak yg meninggal kat konsert Festival Muzik di Bkt Jalil tu. yg 239 orang dalam MH370 belum tentu baik-buruk keadaan nasib mereka...alih-alih yg terkinja-kinja dalam situasi aman-damai plak yg meninggal. tapi nak cakap banyak pun...benda dah jadi. kepada keluarga si mangsa...takziah dan bersabarlah. klu ada anak-anak remaja yg lain tu...perati-peratikanlah. kita mak-bapak dalam 'tak kerja' (duduk kat rumah pun) kita kena 'kerja' gak. kerja nak bagi anak-anak tu jadi 'manusia'. masa aku remaja dulu aku rasa mak-bapak aku tak seberat mana 'kerja' diorang tu pada aku berbanding dgn aku yg kena tungkus-lumus 'kerja' utk peratikan anak-anak aku ni...masing-masing bahagian masing-masinglah bro...kan?...kan??

wassalam,
nahmy.

Tuesday, March 18, 2014

sendu 'lapar' di tasik madu

ada sedikit 'set back' pada aku kalau hujan turun lebat melebihi dua hari...dan 'set back' tu pun bukan benda besar manapun...itu hanya sedikit ujian Allah je. aku akan rasa cepat lapar...maklumlah sejuk..rasa dahaga takde maka rasa laparle yg muncul. entah..tak tahu aku sebab apa aku nih kalau sejuk jadi cepat lapar. alhamdulillah kat rumah memang ada bebenda nak makan cuma aku terpaksa 'somehow' sekat diri aku nih dari belasah habis bebenda makanan yg ada tu. satu takut boroi...yg kedua takut paras gula aku naik. takut boroi konon..heh!..(dah boroi pun..kehkehkeh).

tapi takpe itu benda kecil je...yg penting bila ada hujan adala air. setakat lapar tu...semua orang lapar. lapar makan ni pun bukan boleh layan. sebab lagi layan lagi le mengada-mengada...ia bensangkutan terus dengan nafsu. kalau lebih makan pun bukannya boleh bawa kita pergi mana-mana pun...paling kerap pegi jamban! itu je. atau pun jadikan badan sembab...kemudian malas...dan kemudian datanglah penyakit-penyakit lain pula.

kalau iman tipis cam aku nih memang aku elak pi kedai makan yg lauk menimbun tu...takut iman yg nipis tu rabak-koyak. bila iman koyak...poket pun ikut koyak jugalah. tapi kekadang tu nafsu ni pun pandai gak main silap mata dgn kita...dia tahu iman dgn poket yg mana kita betul-betul boleh kalah. tebal manapun iman...tetiba ada pula orang ajak nak belanja kita makan...hah? camna tu? hilang lesap iman nak 'control' makan tu...gerenti punyaa..bukan semestinye...tapi selalunye...

wassalam,
nahmy

Monday, March 17, 2014

panik dalam kesyukuran

aku tersedar dlm panik pagi ni...tapi aku syukur dalam panik. panik bukan kerana Raja Bomoh nak ghaibkan Menteri Belia dan Sukan...bukan kerana Erra nak kahwin lagi atau Che Ta mungkin mengandung kembar...bukan..bukan langsung kerana tu. tapi kerana masuk pagi nih dah dua hari tempat aku hujan turun. dengan jerebu dan panas yg begitu mencabar dan air yg sekejap ada sekejap takde dah tentulah panik sekejap aku dibuatnya. namun syukur tetap kepada-Nya.

aku doa semoga keadaan panas berjerebu dan air yg takde ni akan Dia tamatkan...akan disimbah bumi bertuah ini dgn hujan rahmat-Nya. walaupun Raja Bomoh dah sambung 'tugasnya' di tempat lain aku harap janganlah kerananya Allah sekat pula dari menurunkan rahmat-Nya pada kita semua. apa nak buat kalau Raja Bomoh tu dah kata tugasnya tu ok...tak salah dengan agama...aku pun tak bole nak kata apa sebab pengetahuan agama aku pun bukan tinggi sangat. biarje pihak yg sepatutnya pi sound ke..atau investigate dia tu.

untuk aku anak-beranak dan yg sewaktu dgn kami...biarla kami sedikit meraikan dgn ksyukuran akan hujan yg mencurah turun ini. cuaca sejuk...jerebu hilang...air pun mungkin akan terus pulih bekalannya. kami doa dan berharap agar keadaan terus berpanjangan. kalau jerebu aku berdoa untuk hilang namun MH370 aku berdoan agar ianya muncul...amiinnn.

wassalam,
nahmy.

Saturday, March 15, 2014

disebalik kisah MH370...vol1

ada terdengar pasal nurse yg bertiga tgh disiasat dan mungkin akan diambil tindakan oleh 'big bos' mereka? kalau betul cerita ni maka kepada 'big bos' mereka tu yg sudah tu sudah-sudahlah. bagi warning sebab main-main masa kerja dahla...jangan sampai tukarkan atau gantung tugas mereka tu.

seharian mereka bekerja mungkin...mereka penat...stress dan utk release sikit stress mereka tu maka mereka pun berlakon ala 'Raja Bomoh zam-zam ala-kazam' tikar terbang tu...itu aje pun. apalah sangat 'dosa' mereka tu kalau di banding dgn Raja Bomoh tu sendiri...

saya pun klu stress teramat sangat akan melakukan perkara-perkara yg boleh menjadikan stress saya hilang seperti tidur sambil berdiri sepuasnya...tidur masa dengar khutbah Jumaat...atau tidur masa meeting...cuma tidur sambil memandu je yg belum saya cuba! jadi kepada 'big bos' nurse-nurse ni patut-padanlah dalam nak menghukum ni...ini melibatkan 'periuk nasi' mereka tu. saya tak kata jgn 'lepaskan' mereka...ambil juga tindakan ke atas mereka tapi mungkin dalam bentuk seperti...amaran awal...atau denda tidur sambil berbaring (adake...???).

wassalam,
nahmy

Friday, March 14, 2014

otak semakin kecil?? biar betuulll...

antara MH370, kelaku siRaja Bomoh, krisis air, PRK Kajang, Schumacher pelumba F1 yg semakin pulih, siling Hotel Conrcorde S.Alam runtuh...aku rasa dlm banyak-banyak isu tu...bab keluar rumah kena pakai topengla yg sedang menakluki tahta isu-isu sensasi minggu ini di negara ini. tapi itu minggu ini...dan itu adalah 'my humble opinion'...mungkin orang lain...lain pula pilihan dia. tampar muka tanyalah diri...lagi kuat tamparan tu lagi baik kesudahannya...insyaAllah.

foto ihsan: yahoo malaysia

menengokkan muqaddimah aku kat atas tu..dan bila aku sendiri baca muqaddimah tu...mmg sah sedikit 'kerosakkan' telah berlaku kepada otak kecil aku. kesian aku...dahlah otak kecil...dah ada yg rosak pulak tu. waimanya...aku terpaksa juga pakai topeng bila keluar rumah...sama macam aku suruh anak aku. aku tak mahu jerebu yg menebal tu menjadikan lagi parahnya kerosakkan otak kecil aku ni.

memanglah jerebu juga bersangkutan dgn air yg semakin berkurang...tetapi ianya lebih bersangkutan dgn hujan yg semakin tak turun. dan hujan yg tak turun ni cuba dipikir...ianya bersangkutan dgn apa pula tu?. yeaa!...dia bersangkutan dgn Allah yg tak turunkan...dan sebab apa pula Dia lambat untuk turunkan? yeaaa! sebab kita hamba-Nya lah. jadi cuba kaji sikit-sikit (sambil kaji kat mana MH370 tu) kat mana silap kita sampai Allah lambat turunkan hujan ni (aku tak kata Allah zalim tak turunkan hujan yee..). aku sendiri tengah pikir ni...semoga dgn pikir ni dapat 'membesar' kan kembali otakku yg kecil ini.

wassalam...& salam Jumaat,
nahmy.

Thursday, March 13, 2014

perkara lain pun kena pikir juga bro...!!

macam-macam teori konpirasi, andaian dan cerita yg kebelakangan ini kita tengok muncul satu-persatu berkenaan tragedi kehilangan MH370 ni. rupenya negara kita memang tidak ketandusan bab-bab ni. aku sendiri pun dah berhenti tengok TV dan baca cerita berkenaan andaian...kupasan..kajian samada dari mereka yg ada kredibiliti atau yg memang takde kredibiliti. satu aku letih sebab lepas dengar diorang punya kupasan dan andaian tu aku pula kena buat kupasan dan andaian berkenaan apa yg diorang tu ceritakan. yg keduanya aku takut otak kecil aku ni rosak!

cuma yg terbaru aku suka tgk geng-geng mamat kreatif ni meniru gaya si Raja Bomoh tu. kekreativitian (ada ke perkataan ni dlm kamus dewan?) yg mereka tunjukkan amat menyegarkan fikiran dan menceriakan. bukanlah sampai kita hilang simpati kepada keluarga mangsa MH370 tapi sedikit sebanyak taklah berat sangat kepala hotak ni.

kita sebenarnya pun memang banyak perkara lagi yg 'going concurrently' dgn cerita MH370 dan semua tu juga memerlukan sedikit perhatian, renungan mahupun tindakan dari kita...seperti camana nak cari sumber air. macamana nak jadikan harga ayam yg RM1 (yg di tayang oleh PM tercinta kita baru-baru ni) kekal selama-lamanya di mana-mana jua. atau camana nak halang doktor-doktor dari menaikkan kos rawatan...rasanya ini juga perlu utk kita sama-sama memikirkannya.

wassalam,
nahmy.

Tuesday, March 11, 2014

MH370 : doa dan harapan bersilih ganti...

aku dah tak terbilang hari ke berapa hari ni..semenjak MH370 ni dilaporkan hilang. tapi seperti artikelku yg lepas aku berharap agar semuanya akan selesai dgn penumpang dan anak akan segera ditemui - terdampar dan tersadai mungkin di mana-mana pulau di laut china selatan tu.


ikhtiar, usaha dan doa dan harapan memang silih berganti. teruskan hendaknya. cuma terpanggil juga aku akan usaha geng-geng bomoh Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP tu. padaku apapun usaha dan ikhtiar kita jangan hingga niat menghalalkan cara. kita memohon kpd-Nya agar semuanya dipermudah...atau dileraikan simpulan kekusutan ini. tapi di masa yg sama jangan sampai kita menggunakan cara dan kaedah yg seperti tidak mengikut kehendak-Nya atau yg mungkin mengenepikan-Nya. (aku tidak mengatakannya syirik dan khurafat...itu terserah pada intrepretasi masing-masing) cuma jaga-jaga...garis pemisahnya sangat halus!

solat hajat, berdoa..dan bermunajat mungkin kaedah yg lebih 'manis' dan 'cantik'...dan memang inipun yg di wariskan kepada kita oleh Rasulullah. maka berterusan kita melakukannya. mungkin juga inilah sedikit sumbangan kecil kita kepada keluarga kepada penumpang MH370 tu terutama yg seagama. memang dari segi logiknya amat payah untuk diterima akal bagaimana MH370 yg besar tu boleh tidak dapat dikesan menggunakan teknologi-teknologi terkini yg hebat dan maju...tetapi jika dikehendaki-Nya hanya dgn sepasang bola mata hamba-Nya sahaja sudah cukup utk MH370 itu ditemui.


wassalam,
nahmy.

Sunday, March 09, 2014

MH370 : semoga semuanya Allah permudahkan..

aku tergamam sebentar bila terbaca cerita pasal MH370 ni malam semalam. tak dapat nak kata apa-apa melainkan mendoakan semoga semuanya Allah permudahkan...aku juga ada berharapan agar apa yg berlaku pada MH370 adalah seperti yang terdapat dalam filem-filem omputih tu. kapal terbang mendarat cemas di lautan dan anak-anak kapal mengembangkan 'perahu-angin' dan membantu penumpang untuk menaiki perahu-angin tu.

tapi bila dah masuk hari kedua mengikuti cerita MH370 ini harapan tu dah makin meleset turun. memang jarang sangat negara kita ditimpa musibah seperti ini. dan bila ianya berlaku tentulah ianya akan memberikan kejutan dan impak yang besar. 238 orang bukan satu jumlah nyawa yang kecil. namun bila ajal dijemput ianya boleh terjadi dalam apa jua keadaan - berseorangan atau beramai, di darat..di lautan mahupun di udara. assebabnya boleh pelbagai dan ini semua untuk merasionalkan ajal yang dijemputNya.

kita yang melihat dari jauh pun dah terasa beban emosinya apatah lagi ahli-ahli keluarga kepada mereka yang berada dalam MH370 tu. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. sabar dan tenangkanlah diri...itulah sahaja yg dapat aku katakan kepada ahli-ahli keluarga tersebut. sekarang memang susah utk memikirkan akan hikmahnya...tetapi Dia tahu apa yang tidak kita ketahui. semuanya adalah dalam perancanganNya. tiada nasihat 'besar' dariku (kerana aku pun tidak berkelayakan untuk memberikannya) hanya setakat memberikan garapan kecil tapi ikhlas. semoga Allah permudahkan semuanya.


wassalam,
nahmy.


Saturday, November 02, 2013

yeayyy!!...kaya dan semakin kaya..

jar-jar bink :    bro obi-wan kenobi...ko ada baca senarai businessman melayu terkaya tahun ni?

obi-wan kenobi :    takde la bro jar-jar bink. kenapa bro?

jar-jar bink :    ko tengok kat sini, seronok bro tengok orang 'kita' ramai yang kaya camni

obi-wan kenobi :    apa yg serhonok nye? ko dapat 'sikit' ke dari diorang tuh??

jar-jar bink :    takdela dpt apa-apa...cuma semangat je nak jadi cam diorang tu. ye..la tekun berusaha.

obi-wan kenobi :    ohhh...bab semangat tu...aku setuju, dan bab diorang tolong orang susah, bayar zakat cari rezeki 'halal' tanpa kita ketahui pun aku setuju...tapikan...

jar-jar bink :    tapi apa bro?

obi-wan kenobi :    bab rezeki halal tu...aku musykil sikit yg sorang tu sebab kita semua tahu dia ada bank...dan bank dia buat transaction boleh kata semuanya base on interest...kan interest tu 'riba'. hmm...mmglah dia ada perbankan islam...tapi..

jar-jar bink :    tapi apa lagi bro?

obi-wan kenobi :    hmmm...biorle bab 'halal' tu...satu benda yg ko perati jar-jar bink ialah senarai ni dah hampir 10 tahun orang yg sama...jadi sebenarnya ekonomi orng kita tak berkembangle..lagi satu..

jar-jar bink :    apa lagi bro...

obi-wan kenobi :    diorang ni tersenarai sebab satu takde orang baru masuk senarai dan satu lagi sebab diaorang dari kaya jadi semakin kaya...itu aje..

jar-jar bink :    herkk!...betul la cakap lu bro...tak jadila aku nak cari semangat dari diorang...baca kisah abdurrahman b. auf dan dptkan semangat dari sahabat-sahabat Rasulullah yang lain pun lagi baik..

obi-wan kenobi :    jomla bro...kita pekne teh...sambil kayakan mamak plak..kehkehkeh...

Thursday, October 31, 2013

muflis tapi ikhlas??

esok lagi 60 orang akan jadi muflis. itulah yg dinyatakan oleh Nancy Shukri menteri di Jab. Perdana Menteri. jumlah ini rasanya lebih ramai dari mereka yg jadi kaya. setiap hari ada 60 orang jadi muflis harta benda dan kalau di tanya 60 orang tersebut takda seorang pun rasanya mahu diisytiharkan muflis.

adakah mereka mangsa kehidupan dunia? adakah mereka kalah pada tuntutan nafsu? adakah mereka terikut-ikut dengan kemodenan kebendaan? adakah mereka terkehel semasa asyik mengejar impian?

mereka sendirilah yg ada jawapannya. namun seperti dikatakan tadi pasti takde seorng pun yg nak jadi muflis. muflis tidak ada dlm kamus kehidupan mereka tp masih mereka jd muflis. hidup di dunia memerlukan keperluan yg perlu dipenuhi...tapi pastikan yg ia di tahap keperluan, bila tahap keperluan semakin memuncak maka dia akan bertukar menjadi kemewahan. perjalanan dari keperluan ke kemewahan berlaku bila kita mahu mengalahkan pesaing kita...dan bila kita kalah dlm persaingan maka kita terjelepuk jatuh. namun utk mereka yg muflis hanya utk memenuhi keperluan seadanya maka mereka inilah yg dikatakan 'muflis tapi ikhlas'. mereka redha dan mereka meneruskan kehidupan mereka.

apapun muflis...itu hanya muflis harta-benda dunia, yg digusarkan bilamana kita muflis kasih-sayang, muflis ide dan muflis 'harta-benda' akhirat kerana akhirat kita kekal di sana. muflis di dunia hanya sementara tapi muflis di akhirat kekal abadi.

bila sahabat bertanya pada Saidina Ali, apa yg di pilihnya antara harta dan ilmu...maka jawab Ali..ilmu. kenapa? balas sahabat. kerana harta kita menjaganya tetapi ilmu, ilmu menjaga kita...jd sementelah nyawa di kandung badan pastikan kita tidak muflis ILMU....wallahualam

nahmy.

Tuesday, October 29, 2013

hidupku sebagai....TEH TARIK, satu monolque sadis!

dulu aku ditunggu-tunggu. aku sentiasa meniti di bibir-bibir mereka yang 'mengagungkan' ku. aku adalah umpama satu kemestian, aktiviti untuk menikmatiku adalah umpama satu keraian yang amat penting dalam kehidupan mereka. ya! mereka meraikankan ku, mereka menjulangku melangit tingginya (walaupun penyediaanku memerlukan aku untuk ditarik-tarik). aku puas di singgahsana mercu kegemilangan. aku di cari hampir setiap detik tidak kira di waktu siang atau malam, di kala kesedihan mahupun kegembiraan, di ketika bekerja mahupun ketika bersantai. namun...

kini aku semakin menelusuri zaman malapku. semakin tidak sekerap dulu mereka mengadakan aktiviti untuk menikmatiku. semakin jarang-jarang mereka mencariku. tidak sekerap dan seacap dulu. semua ini adalah angkara gula. gula yang dimansuhkan subsidinya telah menjadikan harga mereka tinggi dan bila harga mereka tinggi maka tinggi pula harga susu dan bila harga susu tinggi maka tinggi pulalah hargaku. dan bila hargaku tinggi maka semakin rendahlah permintaan terhadapku. mereka yang dulu mengecapiku saban waktu semakin menjarakkan diri mereka dariku. oohhh....

aku tidak salahkan gula. dia juga adalah mangsa sepertiku. dia adalah 'scape goat' terbaik untuk segolongan manusia yang mengatakan kadar ketinggian penyakit kencing manis adalah disebabkan oleh gula, sedangkan hakikatnya mereka mahukan hasil-mahsul melipat ganda dikaut ke kantung perbendaharaan. aku heran pula mereka tidak menaikkan harga garam sedangkan kadar penyakit darah tinggi juga tinggi? waima bila terciptanya harga gula yang meninggi, maka aku seperti yang aku katakan tadi turut tinggilah hargaku dan akibatnya...

aku semakin sepi dijauhkan. aku sudah hilang genggaman pada tahta kegemilanganku. mereka tidak lagi beralun-alun memanggil namaku. 'tek tarik'...'teh tarik'...nama indah itu semakin menghilang, semakin pupus di layar rasa. aku sedih...tapi aku tak dapat berbuat apa-apa. piluku hanya menjadi hilai-tawa golongan aristokrat yang keparat. mereka ini memang semenjak dulu tidak menghiraukan ku...mereka ada minuman yang lebih hebat. aku kesian kepada golongan-golongan marhaen kerana mereka inilah akan merasa kehilanganku sepertimana aku juga merasakan kehilangan mereka, tapi apakan daya kerana aku hanyalah...

secangkir....TEH TARIK...



Monday, August 05, 2013

selamat hari raya aidilfitri




kpd semua saudara seagama, pengunjung blog marhaen ini dan rakan-rakan blogger saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir batin.


Monday, July 01, 2013

melihat 'iman' di Ramadhan ini

assalamualaikum...

pagi yang luarbiasa 'panas'nya hari ni. taklah pula diketahui akan keadaannya siang nanti...mungkin akan berterusan panas atau hujan akan mencurah turun. semoga Allah memberikan keselesaan pada kita...insyaAllah. dgn cuaca yang panas sebegini pasti sebilangan kita ada yg berasa sedikit gusar untuk menempuh Ramadhan yg semakin dekat. yeeela...berpuasa dalam cuaca panas tentunya amat mencabar keimanan...rasanya saya juga tergolong dlm golongan ini. hamba yg marhaen. tapi ujian 'keimanan' sebegini insyaAllah akan meninggikan kembali iman kita...insyaAllah. lihat apa yg Allah nyatakan dlm surah Al-Ankabut ayat 1.."tidaklah mereka boleh mengatakan mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji". jadi semuanya terjawab sudah.

cuma untuk kita kegusaran mungkin di awalnya, jika kita cekal, tabah dan ikhlas menjalani puasa itu hanya kerana-Nya ...maka insyaAllah Dia akan permudahkan (ini lebih mengingatkan diri sendiri!). seperti juga kata org tua-tua dulu...alah bisa tegal biasa. lagipun, bukankah syurga Allah itu mahal? jadi utk membeli sesuatu yang mahal maka kita perlukan wang yg banyak...dan di sini 'wang' itu tidaklah dlm bentuk RM tetapi dalam bentuk pahala-pahala la..gitula (sekali lagi ini hanya peringatan utk diri sendiri). maka berseronoklah hendaknya kita dalam mengumpul 'wang-wang' tersebut.

dikesempatan ini juga saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh saudara seislam, yg berkunjung ke blog marhaen ini. semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk kita semua. kepada mereka yang terguris perasaan saya juga memohon maaf, izinkan saya 'menemui' Ramadhan (juga jika Allah izinkan) dengan keadaan bersih. silap dan salah harap dimaafkan.

selamat mengimarahkan Ramadhan 1434H.


wallahualam.

Thursday, April 04, 2013

salam pilihanraya

selamat mengundi....

Wednesday, February 13, 2013

ikan kering bulu ayam : satu monoloque sadis

ikan kering bulu ayam.

kenapa kau dipanggil demikian...rasanya aku tahu. mesti sebab rupa kau. saling tak tumpah macam bulu ayam. adakah kau adik-beradik sepusat-sepusing dgn ayam atau kau ada bau-bau bacang dgn ayam...itu aku tak tahu. badan dan ekor kau tu walau sebijik cam bulu ayam tapi rasa kau langsung tak macam bulu ayam. aku tahu...dan aku tahu pun bukan sebab aku pernah makan bulu ayam. tidak sama sekali.

ikan kering bulu ayam.

semenjak dua menjak ni...memang aku syok kalau makan nasi ada lauk kau. kat rumah aku pun aku pastikan yg stok kau sentiasa ada. makan kat kedai pun kalau ada kau pastinya aku termakan banyak sedikit. tidak...memang tidak sesekali aku menyalah kau bila berat badanku naik...tidak! entahle kalau dulu aku tak berapa kisah akan kewujudan kau dlm senarai lauk-pauk...tapi sekarang susah hati aku bila kau tiada dlm senarai. aku pun pelik yg nak makan 'perut' tapi 'hati' pulak yg susah bila kau tiada...ooooohhh...

ikan kering bulu ayam.

kau memang tak kisah kat aku kalau darah tinggi aku naik. yg kau tahu kau serahkan je 'body' kau tu kat aku. aku hargai pengorbanan kau. walaupun ikhlas pengorbanan kau tu tapi kalau aku makan kau terlebih aku pulak yg terkorban...aku tak mahu tu terjadi kat aku. darah tinggi boleh menyerang, obesiti dan kencing manis pun boleh datang kat aku....tapi takkan aku nak makan kau cecah dgn kopi sebab nak elakkan kencing manis tu?? mesti kena dgn nasi kan?...kan??

ikan kering bulu ayam.

ya!! memang aku jatuh chenta dgn kau....isteri aku pun heran. kalau stok gula, kopi, tepung takde kat rumah aku tak kisah langsung...tapi kalau stok kau takde...aku pasti resah, gelisah dan tak keruan. ada sekali isteri aku hampir nak beduk aku..sebab masa nak makan kek keju pun aku minta dia gorengkan kau..."dah tebiat ke bang?"...dia cakap kat aku. memang hampir setiap waktu aku teringatkan kau...terutama bila waktu nak makan.....adakah itu chenta namanya??...oooohhh!!!...

ikan kering bulu ayam.

aku memang berharap sangat-sangat supaya tiada pengumuman oleh kerajaan utk naikkan harga kau. aku mungkin mengamuk besar. sebab apa nak naikkan harga kau...kau bukannya besar, bukannya makanan asasi dan bukan tergolong dlm spesis cepat pupus. tapi kalau ada pengumuman pun pastinya aku tetap setia bersama kau. aku chenta kau. 'kemasinan' kau tu memang akan aku perlukan...untuk memaniskan hari-hari mendatangku....


Friday, January 25, 2013

ceria...walau dalam apapun keadaan!

assalamualaikum dan salam ceria...

semalam adalah hari kelahiran junjungan besar kita, nabi Muhamad s.a.w. pastinya kita ceria mengingati Baginda. dengan membaca sirah, berselawat, mengingati perjuangan dan ceria pula menuruti sunnahnya. segalanya kita lakukan dengan ceria dan ikhlas. kita sarankan pula pada ahli keluarga terdekat. walaupun Baginda telah lebih seribu empat ratus tahun meninggalkan kita namun Baginda akan tetap kenal kita kelak, percaya dan yakinlah...insyaAllah.

bila kita percaya dan yakin...maka kita patut ceria. jika kita ikhlas...mengingati Baginda, berselawat dan menuruti sunnahnya maka janganlah kita gusar. air telaga kausar insyaAllah akan dapat kita teguk. jangan terlalu banyak 'berkalau'. kalau aku berselawat banyak-banyak dapatke aku akan syafaat Baginda? betul ke Allah akan berselawat padaku dengan sepuluh selawat bila sekali aku berselawat pada Rasulullah? dapatkah aku rahmatNya? akan bersamakah aku dengan Rasullulah di syurga kelak? dan bermacam soalan dan kalau yg bermain di kotak fikiran kita...hingga kekadang sampai terganggu amalan...hilang kusyuk dalam solat dan hilang tumpuan dalam amalan lain dan yg paling tak 'rugged' ialah hilang ikhlas dalam beramal-ibadah hanya kerana-Nya.

letakkan 'segala ketentuan' akan imbuhan hanya pada-Nya, lakukan seikhlas mungkin, berserah, redha dan ceria. ingatlah amalan baik dibalas baik. percaya dan yakinlah. beramal-ibadah memanglah tak boleh terlalu santai sampai melakukannya seperti melepaskan batuk di tangga. tidak pula boleh terlalu serius hingga akhirnya menjadi stress....bersederhanalah. tetapi kena istiqamah dan fokus...itu aje. bila dilakukan acap-kali, istiqamah...ikhlas dan dalam keadaan bersemangat dan ceria maka ia akan berkekalan...insyaAllah.

bukan niat saya berhujah atau memberikan nasihat berkenaan hal-hal beramal-ibadah. saya hanya berkongsi info. saya juga dalam proses mengaplikasikan 'guidelines' di atas dalam beribadah. kesan? alhamdulillah sedikit sebanyak dapat dirasai...dan sebab itulah saya ingin mengongsikannya di sini. jadi bukanlah semasa bermain bola, menonton tv atau berkelah bersama keluarga je yg kita perlu ceria....dalam beribadah juga kita perlu ceria sebab....dengan cerialah, ia memanjangkan jangkahayat ibadah kita...insyaAllah dan wallahualam....


Sunday, January 13, 2013

'kuasa' yg mengasyikkan...

assalamualaikum...

macam-macam dah berlaku dlm tahun baru nih. dari budak-budak dah mula sekolah balik sampailah kepada  orang yg dah berpakat berhimpun ramai-ramai kat stadium. tapi masih satu belum berlaku - tarikh nak mengundi! susah nak umum tarikh keramat tu. banyak kira-kira kena buat dulu. biorle yg ditanggung oleh mereka yg patut tanggung...cuma untuk orang cam saya ni kita nak 'goes on' susah gak. cari makan dengan projek bro...sana-sini 'budget' dah freeze. sekarang lebih banyak dok mundar-mandir je. tapi alhamdulillah sebab yg tentukan rezeki tu Allah....maka ada jugele...

heran tu memang le heran, dah lama benor menunggu bila nak diumumkan tarikh memilih kerajaan baru tu. jenuh kepala lutut. semua dah siap-sedia tu...samada di pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. bagi je cepat-cepat rakyat memilih. bila dah selesai.....maka senanglah semuanya. yg kalah buat cara kalah, yg menang buat cara menang...rakyat pun senang nak sambung kehidupan...hatta sapapun yg memerintah. yg memerintah tu jgnlah 'get personal' sangat dengan kuasa tu...tak kemana pun. selang 5 tahun...rakyat buat balik pemilihan.

apa yg ditunggu lama-lama pun tak le diketahui akan sebabnya. atau mungkin macam saya cakap tadi mungkin sebab dah terlalu 'get personal' dgn kuasa maka sukar rasanya nak tinggalkan kuasa tuh. kalau nak ikut cerita bila dipilih oleh rakyat bukan sebenarnya diorang ni dapat kuasa...bukan!! tapi dapat kerja baru...memikul amanah dan tanggungjawab...dan bosnya adalah rakyat. jadi kenapa yg nak 'get personal'?. yg jadi 'get personal' tu sebab dia dok ingat bila dapat kuasa dapatlah dia guna 'kuasa' tu utk cengkam orang lain (dlm kebanyakkan kes adalah rakyat yg memilih itu sendiri)...dan yg paling best dgn 'kuasa' yg dia dpt ialah dia boleh bina 'kekayaan' dia. hahh!!!....bila tang ni la nampak akan kenapa dia kena 'get personal' tu.

maaf, saya tak mengata sesapa. cuma kecenderungan masakini orang yg berkuasa macam tu la tobi'atnya. asyik dengan permainan 'kuasa' sampai lupa amanah dan tanggungjawab....bila dah hujung-hujung penggal berkuasa...barulah nak betul-betul melakukan tugas yg diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. mulalah mengangkat rakyat. berbaik dengan rakyat....dan macam-macam lagi....wallahualam.

Sunday, December 30, 2012

menjelang 2013....

assalamualaikum...

masa terus berjalan meninggalkan kita. dari hari ke bulan dan dari bulan ke tahun. samada tahun hijriah atau tahun masehi yg sedang memasuki ambang 2013. jika kita sedar hakikat ini...alhamdulillah, jika tidak renung-renungkanlah. semakin bertambah tahun maka bertambahlah umur dan semakin bertambah umur maka semakin dekat kita dengan hari terakhir hidup kita. tak payahlah nak congak benda ni dgn kalkulator...seperti saya katakan tadi kalau kita sedar maka kita dah sedia maklum akan hal ini.

umur yg bertambah adalah satu perkara, kesihatan adalah pekara yg lain pula. mungkin ada orang yg semakin tua tetapi masih sihat dan cergas...ramai. walau tak seramai yg semakin tua semakin merosot tahap kesihatannya. umur adalah indeks pengukur kepada 'kematangan' kita dalam menangani kehidupan. mereka yg 'normal' sepatutnya semakin matang bila semakin berumur. tahu tujuan hidup, tahu yg hidup itu penuh dengan amanah dan tanggungjawab dan juga tahu kehidupan itu adalah anugerah dari-Nya. Dia akan ambil semua balik itu satu hari kelak. caranya saja berbeza...ada yg masih tua tetapi sudah 'nyanyuk' dan ada diambil terus roh dan dan jasadnya.

kalau kita fikir-fikirkan mana sebenarnya kita nak pergi? semakin bertambah tahun semakin hebat ke kita? dulu saya percaya pada hebat dan kehebatan ini....tetapi bila melihatkan mereka yg kononnya hebat tetapi tidak dapat hebat pada semua perkara dan mengekalkan pula kehebatan mereka utk satu masa yg lama...maka saya sudah beralih perinsip. bukan hebat yg dicari tetapi 'istiqamah'...biar sedikit tetapi berpanjangan. mereka yg istiqamah inilah yg hebat sebenarnya. biar sedikit tetapi berkualiti.

dan hebat yg dilaungkan, yg diwar-warkan bukan ditagih dari pengiktirafan manusia. itu hanya ilusi. sebentar dan khayalan. hebat perlu pada hubungan kita dengan Dia. hubungan kita dengan Dia perlu semakin bertambah 'baik' berselari dengan tahun yg semakin bertambah. sia-sialah jika semakin bertambah tahun umur kita semakin renggang kita dengan 'Pemberi Umur' tersebut. dan ironinya...kita akan berjumpa pada akhirnya dengan Pemberi Umur tersebut. maka jomlah kita sama-sama berdoa seperti yg dilakukan oleh Saidina Umar - " Ya Allah jika semakin berumur aku tetapi semakin bertambah dosaku, maka Kau tamatkanlah hidupku segera "...eheem! ada berani??

wallahualam.

Friday, December 14, 2012

epilog hujung tahun...satu pandangan serius dan berani

assalamualaikum...

aku pun tak tahu sebab apa yg tak dpt nak update blog ni. malas kot? takde ide - mungkin gak. takde masa - pun mungkin...atau...atau...malaslah senang cerita! nak kata busy buat benda lain takde la juga. cuma layan anak-anak je, layan orang rumah...layan org tua...itupun ikut laratla. anak-anak masa cuti sekolah ni memang amat 'energetic' diorang tu, tak kira ribut ke..hujan ke, panas ke. aku kena layan juga sikit-sikit. bila sekolah cuti, mak-bapak aku pun 'energetic' gak sebab tentulah diorang nak aku bawa balik bebudak tu ke kampung...lepak sana lama-lama. biar cucu mesra dgn tuk dan nenek. aku tak kisah bab tu....cuma bab keje aku dgn bab poketle yg merana sikit. takkan nak lepak lama-lama kat kampung makan-minum anak-beranak orang tua aku yg support. tak manisla kot!...walaupun takde salah besar...hehehe..heh.

orang rumah aku pulak hujung-hujung tahun camni la masa sibuk dia. tapi dia tgh pulun keje tu, nak abiskan mana-mana yg patut...pastu dia kata dia nak habiskan cuti tahun bersama dgn bonus tahunannya tu. wahh! bab tu memang aku kena layanle dia. tak elok wanita macam dia tu habiskan cuti dan duit bonus tu sorang-sorang...tak manis tauuu!!

jadi memang betullah yg sekarang ni keje aku cuma layan anak, layan org rumah dan layan org tua aku. nak layan diri sendiri? layanlah juga sikit-sikit...kena teh tarik halia sejam-dua samping dapat dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kat mamak yg ada wifi ni pun dah cukup dah. org tak ganggu aku, aku pun tak kisah kat orang...yg risau cuma mamak tuan punya kedai je la. sebab aku lepak sejam-dua cuma minum teh tarik halia dgn air suam segelas. tapi kalau dia bising aku cakap balik kat dia....yg dia pasang wifi ni buat apa? lagipun...takke ni pun adalah amal-jariah dia secara tak langsung??...gituleee.....

wallahualam.

p/s: oh ya...tajuk tu utk buat gempak je...heh..hehehe..