Sunday, December 30, 2012

menjelang 2013....

assalamualaikum...

masa terus berjalan meninggalkan kita. dari hari ke bulan dan dari bulan ke tahun. samada tahun hijriah atau tahun masehi yg sedang memasuki ambang 2013. jika kita sedar hakikat ini...alhamdulillah, jika tidak renung-renungkanlah. semakin bertambah tahun maka bertambahlah umur dan semakin bertambah umur maka semakin dekat kita dengan hari terakhir hidup kita. tak payahlah nak congak benda ni dgn kalkulator...seperti saya katakan tadi kalau kita sedar maka kita dah sedia maklum akan hal ini.

umur yg bertambah adalah satu perkara, kesihatan adalah pekara yg lain pula. mungkin ada orang yg semakin tua tetapi masih sihat dan cergas...ramai. walau tak seramai yg semakin tua semakin merosot tahap kesihatannya. umur adalah indeks pengukur kepada 'kematangan' kita dalam menangani kehidupan. mereka yg 'normal' sepatutnya semakin matang bila semakin berumur. tahu tujuan hidup, tahu yg hidup itu penuh dengan amanah dan tanggungjawab dan juga tahu kehidupan itu adalah anugerah dari-Nya. Dia akan ambil semua balik itu satu hari kelak. caranya saja berbeza...ada yg masih tua tetapi sudah 'nyanyuk' dan ada diambil terus roh dan dan jasadnya.

kalau kita fikir-fikirkan mana sebenarnya kita nak pergi? semakin bertambah tahun semakin hebat ke kita? dulu saya percaya pada hebat dan kehebatan ini....tetapi bila melihatkan mereka yg kononnya hebat tetapi tidak dapat hebat pada semua perkara dan mengekalkan pula kehebatan mereka utk satu masa yg lama...maka saya sudah beralih perinsip. bukan hebat yg dicari tetapi 'istiqamah'...biar sedikit tetapi berpanjangan. mereka yg istiqamah inilah yg hebat sebenarnya. biar sedikit tetapi berkualiti.

dan hebat yg dilaungkan, yg diwar-warkan bukan ditagih dari pengiktirafan manusia. itu hanya ilusi. sebentar dan khayalan. hebat perlu pada hubungan kita dengan Dia. hubungan kita dengan Dia perlu semakin bertambah 'baik' berselari dengan tahun yg semakin bertambah. sia-sialah jika semakin bertambah tahun umur kita semakin renggang kita dengan 'Pemberi Umur' tersebut. dan ironinya...kita akan berjumpa pada akhirnya dengan Pemberi Umur tersebut. maka jomlah kita sama-sama berdoa seperti yg dilakukan oleh Saidina Umar - " Ya Allah jika semakin berumur aku tetapi semakin bertambah dosaku, maka Kau tamatkanlah hidupku segera "...eheem! ada berani??

wallahualam.

Friday, December 14, 2012

epilog hujung tahun...satu pandangan serius dan berani

assalamualaikum...

aku pun tak tahu sebab apa yg tak dpt nak update blog ni. malas kot? takde ide - mungkin gak. takde masa - pun mungkin...atau...atau...malaslah senang cerita! nak kata busy buat benda lain takde la juga. cuma layan anak-anak je, layan orang rumah...layan org tua...itupun ikut laratla. anak-anak masa cuti sekolah ni memang amat 'energetic' diorang tu, tak kira ribut ke..hujan ke, panas ke. aku kena layan juga sikit-sikit. bila sekolah cuti, mak-bapak aku pun 'energetic' gak sebab tentulah diorang nak aku bawa balik bebudak tu ke kampung...lepak sana lama-lama. biar cucu mesra dgn tuk dan nenek. aku tak kisah bab tu....cuma bab keje aku dgn bab poketle yg merana sikit. takkan nak lepak lama-lama kat kampung makan-minum anak-beranak orang tua aku yg support. tak manisla kot!...walaupun takde salah besar...hehehe..heh.

orang rumah aku pulak hujung-hujung tahun camni la masa sibuk dia. tapi dia tgh pulun keje tu, nak abiskan mana-mana yg patut...pastu dia kata dia nak habiskan cuti tahun bersama dgn bonus tahunannya tu. wahh! bab tu memang aku kena layanle dia. tak elok wanita macam dia tu habiskan cuti dan duit bonus tu sorang-sorang...tak manis tauuu!!

jadi memang betullah yg sekarang ni keje aku cuma layan anak, layan org rumah dan layan org tua aku. nak layan diri sendiri? layanlah juga sikit-sikit...kena teh tarik halia sejam-dua samping dapat dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kat mamak yg ada wifi ni pun dah cukup dah. org tak ganggu aku, aku pun tak kisah kat orang...yg risau cuma mamak tuan punya kedai je la. sebab aku lepak sejam-dua cuma minum teh tarik halia dgn air suam segelas. tapi kalau dia bising aku cakap balik kat dia....yg dia pasang wifi ni buat apa? lagipun...takke ni pun adalah amal-jariah dia secara tak langsung??...gituleee.....

wallahualam.

p/s: oh ya...tajuk tu utk buat gempak je...heh..hehehe..

Monday, November 12, 2012

Selamat Tahun Baru 1434 Hijriah.







waktu itu bukan hak kita
waktu itu hanya mencilakakan 
menyah sekalian umat
melempar asyik yang menggugah

waktu itu membias indah...
waktu itu hanya  melempar duka
meminggir keyakinan umat
menanam kebobrokan yang meratap

waktu itu memancung kepastian
waktu itu menerjahkan jahanam
menyeret umat menjarak
memaku hati, mati di tanah hanyir

waktu itu kita bangun...konon
waktu itu bukan yang sebenar mana
lebih songsang derapan langkah
lebih sesat dan buta berpanjangan

waktu itu merugikan
waktu itu hanya lukisan wayang
sekat ia dengan pesan kebenaran
sekat ia dengan ikhlas kesabaran



nahmy,
27 zulhijjah 1433




p/s
salam maal hijrah 1434 kpd pengunjung, sahabat dan rakan blogger. 




Monday, November 05, 2012

bila wajah-wajah itu ku tenung...

jam sudah melangkaui angka 2 pagi. aku masih menelaah netbuk ku ini. aku bertukar-tukar antara laman emel, kerjaku dan laman isu-isu semasa atau ke blog-blog lain. di luar bilik SOHO (small office home office) ku ini anak-anak dah lama di buai mimpi juga isteriku. aku keluar menjengah anak-anakku. mereka di buai mimpi sedangkan aku di buai lamunan bila menatap satu-persatu wajah mereka. mengelamun, berfikir dan berangan...semuanya bercampur aduk. tapi hampir semuanya berkisar dgn anak-anakku.

mereka akan didatangkan dgn berbagai cabaran dan persaingan. lambungan ombak kemajuan dengan redahan teknologi, status ekonomi dan persekitaran sosial yg semakin hari semakin terserlah 'keganasannya' akan melanda mereka. ini bukannya lama. waktunya semakin hampir. aku risau. jika mereka tidak cukup kuat untuk menongkah keganasan landaan ombak ini. menyemai benih kekuatan dlm diri mereka bukan satu kerja mudah, terutama di ketika aku sendiri juga sering terhanyut dgn landaan-landaan ombak kemajuan ini. namun aku tak mahu jadikan itu sbg alasan. bahkan penat dan lelah juga perlu aku sisihkan ke tepi. aku hanya bernafas lega bila  mereka sudah ada daya tahan itu, sudah kuat daya saing mereka dan sudah pandai utk berdiri bila jatuh. aku sayang mereka tapi aku tidak boleh memanjakan mereka.

saban hari aku dihidangkan dgn persoalan dan isu anak-anak yg terbiar dari segi didikan akidah, sahsiah, moral dan tingkahlaku. begitu banyak kepincangan sosial mereka yg diperkatakan. dengan rempitnya, buang bayinya, seks bebasnya, dadah, ragut, gangsterism, curi, pecah rumah, samun, judinya, araknya dan macam-macam lagi. saban hari itu juga aku risau dan runsing akan anak-anakku. aku tenung lagi wajah anak-anakku....dan aku berdoa semoga Dia permudahku dlm aku menjalankan tanggungjawabku utk menjadikan mereka tergolong ke dalam hamba-hamba-Nya yang paling banyak memberi menafaat kepada agama, kepada orang lain dan negara. wallahualam.


Friday, October 19, 2012

dah tinggal hantu-hantu je le...

assalamualaikum....

punya banyak kisah-kisah yg baik yg boleh kita buat filem...balik-balik cerita hantu gak yg jadi pilihan. dari hantu kak limah..sampai ke zombi kg pisang, pastu hantu boncengla, hantu kapchaila, hantu air la, hantu dlm botol kicapla, sini ada hantu, khurafat, misteri jln lama, rasuk, syirik, alamak toyol, al hijab, satu mlm kubur berasap...dan beberapa lagi filem hantu memperlihatkan kita dah tahap tandus ide dlm membuat filem.

tapi nak salahkan pengeluar & pembuat filem 100% pun tak boleh jugak. bila ada demand maka adalah supply. ramai benor antara kita yg suka genre filem camni. jd pengeluar keluarkan le. dah dekat nak habis nama hantu kita guna utk buat filem...tapi selagi ada org suka dan gemar...maka berterusanle filem-filem hantu ni di keluarkan. saya rasa hantu pun pening bila tgk filem-filem pasal diorng ni...sbb nama hantu tu dah mcm-mcm jenis. dan hantu pun dah malas nak kacau manusia lagi sbb manusia dah dgn sendiri jadi 'kacau' sbb terlalu byk tgk filem-filem hantu tu.

utk saya, filem hantu ni mmg saya kurang tgk....sbb byk cerita pasal manusia yg  belum saya tgk lagi dah nak tgk cerita pasal hantu plak??...buat apa?? tapi itu sayala.... mungkin skrg ni dah 'musim'....macam dulu sekejap ada musim buat filem dgn judul yg ada kena mengena dgn kelengkapan sembahyang...spt tasbih cinta, sejadah cinta, telekung cinta, kain pelikat cinta, kiblat cinta, rehal cinta, saf cinta, mimbar cinta, songkok cinta....dan kopiah cinta.....oooppps! kopiah cinta tu sebenarnya saya cuba nak buat skripnya....tapi dah dekat 23 bulan masih tak siap-siap...adusss...wallahualam

Friday, October 05, 2012

belanja...wan...orrr....belanja wangg!!?

assalmualaikum...

hari ni aku tak ke mana dan isteri pun dpt MC sbb sakit mata maka beristirehatlah kami di rumah bersama anak sulung (yg cuti sbb kelas kena buat tempat peperiksaan PMR). yg sorang lagi anak kat sekolah, yg bongsu ada kat nursery. kami mmg hommy-type of person, lebih suka duk di rumah. tenang, kurang letih dan kurang belanja. "nak makan apa tghari ni bang?'', isteri bertanya. "masakkan zafri tu je, utk saya belasah je la apa yg ada, ikan bilis goreng dgn kicap pun ok", jawapku. "lagipun esok dah ada kenduri kahwin nak kena pi, tak payahlah nak beli barang masak", sambungku lagi.

aku camtu le, bab makan dulu lain tapi skrg dah main tak kisah...apa yg ada aku makan. asal perut tak kosong sgt sampai masuk angin je dahle. isteri pun camtu gak. lagipun sekarang barang masak ni dah melampau harga dia. ayam dah jadi rm7.50 sekilo, gula dah naik lagi dua posen, bahkan ikan bilis dan kicap yg aku minta isteri masakkan tu pun dah naik harga. tak lama lagi sbb gula tu naik harga maka makanan dan minuman di kedai-kedai makan pun naikle harga. aduss!...lagi belanjawan.....lagi kena tambah belanja wang...aparaaa!!

sbb tu aku 3-4 tahun kebelakangan ni malas sgt nak tgk belanjawan (skrg dah panggil bajet plak dah) tu. pekdah nya pada kita one-off tapi always-on adalah yg beban kenaikkan mcm-mcm barang tu. sorry beb! tapi tak nampak kat mana yg dikata 'rakyat didahulukan' tu. petrol naik senyap-senyap...dan mcm-mcm lagi. kita pun dah duduk dlm defisit rupanya dah 12 tahun tu....larrr....mcm-mcm anugerah gabenor bank negara tu dpt tapi rupanya 12 tahun kita duduk dlm defisit. defisit berhemahla tu...defisit tapi berhemah...alahaaaii. takpe la nanti cakap banyak-banyak org marah plak, jd elok aku stop kat sini dulu....aku pun tgh tunggu ikan bilis aku tuh, cau cin cau....wallahualam.

Sunday, September 23, 2012

sensitiflah...kerana ia sedikit sebanyak menentukan duduk-letaknya iman

assalamualaikum...

kita akhir-akhir ini dikejutkan oleh filem 'Innosence of Islam' yg menghina baginda nabi Rasulllah s.a.w. apa yg kita rasa jauh di sudut hati? di akhir zaman seperti sekarang apa yang tinggal dlm lubuk hati kita bila kita mengatakan yang kita sayangkan agama kita. dari zaman Rasulullah sendiri hinggalah ke hari penghujung dunia, Islam pasti dihina, disenda, di manipulasi, dikutuk, diperangi...dan sebagainya. dan kita sebagai pendukungnya - apakah yg dapat kita lakukan?

Islam bagi kita bukan hanya bermakna berterusan melakukan ibadah wajib tanpa henti, beribadah sunat dgn istiqamah, solat sunat ribuan rakaat, berpuasa, berzikir puluhan ribu,  bermunajat, bersuluk...berzuhud dan sebagainya. Islam lebih dari itu...apa yg Islam tuntut dari kita juga lebih dari itu. Islam tidak akan sampai pada kita jika tidak dikembangkan oleh pendukungnya dahulu....Rasulullah, para sahabat, salafus-soleh, tabi'en, tabiq-tabi'e, para ulamak dan sebagainya.

apa antaranya yg mereka buat? mereka menyumbang kepada perkembangan Islam. apa antaranya? mereka berperang...berperang!. kita mungkin tidak memikul pedang dan senjata di zaman mutaakhir ini tapi kita masih perlu berperang... mempertahan dan mendaulatkan Islam dengan apa? tentulah antaranya dgn sensitiviti kita, dengan sifat mempertahankan hak kita. ya...kita masih perlu meneruskan kehidupan, masih perlu bekerja...mencari nafkah, menyara keluarga dan sebagainya tapi itu hanyalah 'survival' utk kehidupan di dunia yang ini. bagaimana pula utk 'survival' di kehidupan dunia yg lagi satu tu??

jika adalah soalan kepada kita di dunia yg lagi satu yg berbunyi "apakah sumbanganmu dalam mendaulatkan agama Allah semasa hidupmu"? apakah agaknya jawapan kita? takkan kita nak kata "aku leka tengok Astro, aku berusaha untuk meninggikan pangkatku, aku leka nak sara keluarga...dan sebagainya". jadi sebagai sedikit ingatan terutama kepada diri sendiri, sensitiflah bila agama kita dipermainkan, bila saudara seislam kita dizalimi, bila Rasullulah di hina, bila hak kita dicabul....kerana tanpa kita ketahui 'ini' semua adalah indeks pengukur akan di tingkatan manakah duduk-letaknya 'iman' kita.

، عن أنس بن مالك  قال: قال رسول الله : «مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً ، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ

وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطياتٍ ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ» رواه .النسائي وأحمد وغيرهما وهو حديث صحيح



Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang mengucapkan shalawat kepadaku satu kali maka Allah akan bershalawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh derajat/tingkatan (di surga kelak)”[SHAHIH. Hadits Riwayat An-Nasa’i (no. 1297), Ahmad (3/102 dan 261), Ibnu Hibban (no. 904) dan al-Hakim (no. 2018), dishahihkan oleh Ibnu Hibban rahimahullah, al-Hakim rahimahullah dan disepakati oleh adz-Dzahabi, rahimahullah juga oleh Ibnu hajar rahimahullah dalam “Fathul Baari” (11/167) dan al-Albani rahimahullah dalam “Shahihul adabil mufrad” (no. 643).

wallahualam...







Wednesday, September 05, 2012

manusia dan haiwan, terpisah tiada...

assalamualaikum...

saja2 terpikir benda ni. rupanya walaupun kita manusia ada dunia kita sendiri tapi kita tak dpt lari dari masukkan elemen haiwan dlm kehidupan kita sendiri. kita ada rabun ayam, kita ada kaki ayam, pening lalat, demam kura, telur mata kerbau, senyum kambing, selsema burung dan banyak lagi.

kita ada sawan babi, selsema babi, gila babi...walaupun saya tahu babi tu sendiri tak pernah gila. kita ada penyakit anjing gila...tapi takde plak penyakit gila anjing kan? klu ada penyakit gila anjing mungkin kepada mereka yg suka sgt bela anjing maka dipanggillah mereka itu - gila anjing. dan mereka yg gila babi jgn plak kita kata mereka suka bela babi...tak sesuai tu...adusss! pening!! jadi kat mana kita nak pakai 'gila babi' ni....hanya utk memberikan 'effect' kadar maksimum kepada sesuatu perbuatan negatif. cth - "huii...mamat tu bawak motor cam gila babi la".

tapi kita juga ada istilah baru sekarang ni, cth - "huii...kuat makan tahap cipan belang mamat tuh". apa ke hal yg dipanggil tahap cipan pun saya tak tahu. ada kena mengena ke kadar 'extreme' dgn cipan tuu?? dan mungkin semua benda-benda kiasan kepada haiwan ni adalah hasil dari kajian ilmiah kita manusia kepada haiwan tu kot. berapa lama agaknya kita dah mengkaji dengan merenung muka katak utk memperolehi kiasan seperti 'selamba katak'? juga berapa lama kita dah menatap muka si kambing hanya utk tengok kambing tu senyum??

tapi yg ni pastinya membuat kita terkedu sikit, iaitu ungkapan maut seorang pemuda/pemudi kepada kekasihnya...." dirimulah yg sangat kucingtaik"...hahh!! kucing taik??. sabar-sabar...bab ni saja saya reka-reka je...sebagai renungan bersama...hehehehe...wallahualam.


Saturday, August 18, 2012

maaf zahir batin






Sunday, August 12, 2012

peperangan sudah bermula!

assalamualaikum..

kita sekarang di peringkat akhir Ramadhan, 'peperangan' sedang berlaku...kerana apa dipanggil peperangan? kerana di sini le ujian utk kita istiqomah beribadah akan dtg bertimpa-timpa. berbagai bentuk & rupa ujian itu akan dtg...percayalah. yg besarnya ujian itu adalah dlm bentuk persiapan raya. olimpik yg bermula sudah berakhir....begitu juga al-mubarak ini, 7 hari lagi ia akan berakhir samada kita menang atau kita kalah. tapi insyaAllah kita semua akan berjaya...amiinn. raya juga begitu. ia juga akan menemui kita samada kita bejaya atau kita kalah...kecuali jika umur kita pendek.

saya rasa kita (termasuk saya) kena ubah direction mindset kita. dari old-school thought ke new-school thought. camana nak ubah? senang je. dari kita melihat akan raya yg 7 hari akan kita temui kepada kita melihat akan Ramadhan yg 7 hari lagi akan kita tinggalkan. old-school akan melihat kpd 7 hari lagi nak raya dgn menggandakan persiapan menyambutnya tetapi new-school akan menggandakan bekalan ibadah bersempena Ramadhan yg akan ditinggalkan ini. sudah berapa lama kita bergelumang dgn old-school thought ini? lama tu bro..now its time to change the thinking direction.

raya tu rayalah juga, sapa tak suka raya...saya pun suka, tipulah kalau saya tak suka raya tapi dia dah jadi second priority. first priority is still the Ramadhan. lupakan 23 hari Ramadhan yg lalu, cuma 7 hari yg berbaki ni shj yg kita nak kena pulun...pulun bro pulun. setakat raya tu ikut dan je le persiapan raya...kalau yg takde kuih lagi tu jgn risau...malam raya tu ronda-rondale ke tempat jual kuih tu...mesti ada lelong murah-murah....tapi malam-malam akhir Ramadhan tu yg ada hanya yg mahal-mahal tau pastu nak amik yg mahal-mahal ni tak kena bayor satu sen pun bro...so...yeaahh! let become the new-school thought kind of person....wallahualam.


Sunday, July 29, 2012

menjunjung jihad Ramadhan

assalamualaikum...

menerjah kita ke minggu kedua puasa, atau kita sedang memasuki peringkat kedua Ramadhan iaitu makam keampunan. suasana pun dah 'cool'. perut, nafsu makan dan tenang. tiada apa sgt nak dirunsingkan lagi...bajet pun dah boleh urus. cuma satu sahaja...ibadah! 'kemeriahan' masjid & surau semakin susut...mereka mengejar rahmat di awal Ramadhan tetapi semakin meninggal keampunan-Nya di pertengahan Ramadhan, bagaimana akhir Ramadhan? saya sendiri gusar dgn diri sendiri.

jihad terhadap kemalasan dan urusan dunia amat sukar untuk dilakukan. sedangkan sendiri tahu bahawa jika Ramadhan ini dilalui tanpa terampunnya dosa-dosa maka sia-sialah umur yg Allah panjangkan. jihad menagih kekuatan, kekuatan menghasilkan ketaqwaan. ketakwaan meninggikan keimanan. jika jihad terhadap kemalasan dan urusan dunia pun kita dah kantoi camana kita nak berjihad seperti saudara kita di Gaza, di Ronghiya, di Syria dan sebagainya.

saya tidak mengata sesiapa, hanya diri sendiri sahaja. sekadar berfikir di ruang waktu cuba mendidik diri yg lemah, abdul, fakir dan miskin. Ramadhan memberikan ruang dan peluang hingga ke tahap 1000 bulan. jihadlah dalam mengejarnya. jangan leka dan jgn menoleh ke belakang, pasti ada sebabnya mengapa umur kita Allah izinkan untuk menerima al-mubarak ini. cari dan telekulah mencari sebabnya itu. wahai diri....bangunlah!

Thursday, July 19, 2012

SALAM RAMADHAN 1433H

kepada sahabat dan semua pengunjung seagama,









SALAM RAMADHAN 1433H

dan

SELAMAT BERPUASA

dan

SELAMAT MENGGANDAKAN IBADAH.

Monday, July 09, 2012

utmost good fart!...eeerrr...faith

assalamualaikum,

mind your food. be very careful when consuming any wind-related food. jackfruit, tapioca, yam, cempedak so on and so forth. when you cross the number 40, the pre-cautionary action should also ignited. these foods can be harmful if being taken more than the usual rate. eat it, but lightly...and not too often. my two cents word - eat it just to get the ‘feel’...just to calm off the ‘urge’. I used to get struck by the wind pulsating in the body. the most hurting part is when that wind started to goes –up distressing the chest. when experiencing it for the first time, I thought this is what they call it ‘heart attack’. the abstinence was right at my heart...the chest pain.





bit relief when the doctor said this was only caused by the ‘wind’. the ‘heart attack’ was actually the ‘heartburn’. likelihood, the ‘attack’ if I may say was really painful. you feel the burning pain in the chest, your breathing was heavy....the tummy was in pain too. you can’t stand-up...most of the time I was bending while holding the tummy. you feel like you want to vomit, like you need to take the ‘big leak’...but once you sit onto the bowl...nothing really happen. I felt motionless, dizzy and sometime the pain is so unbearable. my body was in chaotic condition!

after taken the medicine, after everything has coming back to normal I then realize the cempedak that I took before that. the portion taken was quite huge....(well...I do like cempedak a lot!). I ate it with empty stomach...and to make thing worst, I don’t burp and I don’t fart after eating it. so, guys...yes! burping is good...and farting is also good, just be civilised when doing it. do it often but please in very well-mannered way. to all the farter out there just remember this when you’re about to release the ‘valve’, make sure it’s going to be your – utmost good fart!!

Thursday, June 28, 2012

dunia mempermainkan aku?? atau aku yg tak reti dgn permainannya...

assalamualaikum...

semenjak projek dah kurang ni, pihak-pihak pemberi pinjaman dah simpang-siur menelepon. yela..bayaran balik dah 'overdue'. tapi bukanle ah long yg kerat telinga tu. projek kurang...income pun kurangla. income kurang maka adalah pinjaman-pinjaman yg tertunggak sana dan sini. aku rasa seronok plak...rasa cam VVIP, masa ni la aku rasa 'orang' dah ramai yg cuba utk mengenaliku. aku terkenal beb! semua 'orang' cari.

gitule cara hidup masakini, dah tua tapi hutang rumah tak abis lagi, keta pun sama. semuanya tu keperluan tu. keta satu...rumah pun satu....cukupla. bukan berhutang utk memenuhi benda-benda yg bukan keperluan. bukan aku berhutang sebab nak bayar rumah ketiga, atau utk bayar meja snooker atau kelab golf dan sebagainya. atas dasar ini aku bahagia...ceria...walaupun cam aku cakap tadi simpang-siur si bank-bank tu telepon aku. sekarang yg penting beras, duit nursery anak-anak, yuran sekolah, api-air dan broadband (yg ni keperluan atau kemewahan aku pun susah nak kata). keta & rumah bukanle tak penting tapi priority level tu jatuh nombor dua kot (pada aku-la).

apa nak cakap bro....sabar, doa dan berusaha lebih kuat lagila kan? macam aku cakap tadi hidup kat dunia camtu la...semua berbayor....permainannya dah memang camtu. reality bites! and life is hard.... but still life goes on. kat dunia ni kita langgar undang-undang kita kena saman, tapi kalau kita patuh kita tak dapat apa-apa pun. sedangkan hukum Allah kita lakukan yg dilarang kita dapat 'habuan' kita tinggalkan yg dilarang pun kita dapat 'habuan'...tidakkah di situlah terletaknya keadilan yg 'sebenar'......sabar...dan terus sabar.....wallahualam.


Saturday, June 02, 2012

cuti sekolah yg 'menggumbire'kan...

hujung minggu datang lagi
anak-anak pulak dah cuti sekolah
masa cuti bangun awal pagi
bila sekolah nak bangun memang payah

hujung minggu datang lagi
anak-anak pulak cuti sekolah
belanja sekolah memang tak perlu bagi
cuma keluar belanja pi berkelah

hujung minggu datang lagi
anak-anak pulak dah cuti sekolah
pagi-pagi tangguh gosok gigi
minta duit tangan menadah

hujung minggu datang lagi
anak-anak pulak dah cuti sekolah
mak bapak dah sampai makan maggi
kenang duit yg keluar sampai kena lelah

Sunday, May 20, 2012

selagi tidak nyawa di hujung halkum...

assalamualaikum...

seringkah kita befikir camna keadaan kita di hujung nyawa? adakah kita semasa tu masih boleh berfikir? masih boleh melakukan pilihan? adakah kita masih waras? perkhh!!...banyak soalan tu.... saya tak mahu nak katakan apakah kemungkinan-kemungkinan yg boleh berlaku di saat hujung nyawa tu kerana saya sendiri pun tak tahu. cuma yg saya tahu kita boleh sekarang memikirkan untuk mengharapkan agar keadaan di kala itu adalah keadaan yg 'baik' untuk kita. jangan tunggu hingga ke saat nyawa dihujung halkum...

pikirkanlah sekarang banyak-banyak kali...suasana bila nyawa sudah dihujung halkum tetapi jgn pikir yg selagi tidak nyawa di hujung halkum kita masih mempunyai ruang dan peluang. nyawa di hujung halkum ni sebenarnya lebih kerap 'menziarahi' kita dari bilangan kita berfikir...selagi tidak nyawa di hujung halkum. malaikat maut menziarahi kita lebih 70 kali (mengikut setengah pendapat) dalam sehari.

manusia mengenepikan hukum Allah, menolak hadis Rasulullah...mempersendakan mereka yg memperjuangkan agama-Nya, tidak mensyukuri pemberian-Nya, melekakan diri dari beribadat kepada-Nya, meletakkan nilai kemanusiaan...ciptaan manusia dari mendahulukankan-Nya dan sebagainya adalah kerana manusia berfikir...selagi tidak nyawa di hujung halkum. mati dan pergi menemui-Nya adalah satu ilusi selagi tidak nyawa di hujung halkum. seeing is believing!. tak ada manusia yg mati hidup kembali yg dapat menceritakan 'keadaan sesudah mati itu'....tetapi itu semua adalah selagi tidak nyawa di hujung halkum!

tetapi bayangkan saat bila kita benar-benar sedang melalui detik bila nyawa di hujung halkum...dalam keadaan tidak beberapa saat lagi kita akan ke kubur adakah masih boleh kita berfikir...selagi tidak nyawa di hujung halkum. masih adakah kesempatan, ruang dan peluang di saat itu...masih boleh 'berfikir'??  jadi sesamalah kita berfikir....'bila' nyawa sudah di hujung halkum dari berfikir 'selagi tidak' nyawa di hujung halkum. tidakkah 'setiap yg bernyawa itu pasti akan mati'?....ceriaa...wallahualam

Sunday, April 22, 2012

memilih-lah dengan ilmu...

assalamualaikum....

tenang dan ceria hendaknya. saya...alhamdulillah cuma puteri kecil tu je ada tak sihat sikit. tenang memang tenang, ceria juga ceria...tetapi sedikit kekeliruan melanda diri pagi ni. keliru nak makan apa pagi ni...masih tak dapat nak buat keputusan. seringkah kita dalam situasi tak dapat nak buat keputusan camni...walaupun utk pekara kecil dan mudah? frankly...saya sering dilanda dilema sebegini. mungkin itulah satu 'menafaat'nya Allah jadikan kita sebagai manusia. bayangkan kalau lembu tak boleh buat keputusan nak makan rumput ke atau nak makan pucuk pisang...letih lembu tu.

maka dilema dalam nak buat keputusan itu adalah satu kebaikan. 'kepelbagaian' itu sebenarnya adalah nikmat dari-Nya...kalau kita 'pandai' maka kepelbagaian itu insyaAllah akan mendatang kebaikkan untuk kita, dan kalau kita kurang sikit arif maka ia akan 'menghanyut' dan seterusnya menjahanamkan kita...maka pandai-pandailah memilih.

bagi setengah golongan mereka sangat pandai memilih, sangat reti membuat keputusan. kenapa? sebab ilmu mereka tinggi....menjadikan mereka mudah dalam membuat keputusan. jadi kenalah kita turut jadi berilmu....supaya senang dalam membuat keputusan. bayangkan mereka yang hanya mahir dengan mazhab Shafie dengan mereka yang mahir dalam ke empat-empat mazhab beribadat....agak-agak mana yg lebih mudah beribadat? seperti yang Saidina Ali katakan pada sahabat yg bertanya...hendakkan dunia mesti dgn ilmu, hendakkan akhirat juga mesti dgn ilmu dan hendakkan kedua-duanya juga mesti dgn ilmu. jadinya, ilmu-lah yg akan membantu kita dalam membuat keputusan, dalam menetapkan pilihan. seperti saya yg memang takde ilmu dlm nak buat keputusan antara nak makan nasi lemak ke atau roti canai pagi ni...akhirnya saya memilih 'waffle' sbg santapan...jangan mareee......wallahualam.

Thursday, April 12, 2012

mengagahi kemampuan?

assalamualaikum...

semakin cuba nak kerap sikit buat posting baru....semakin tak terdaya plak rasanya. mungkin disebabkan PRU13 yg semakin dekat. tapi apa ada kena mengena PRU13 dgn update blog?entah...

atau memang kebelakangan ini, kerajinan dah dikuasai dgn kemalasan. atau sebab kalau dipikirkan rasanya update blog ni takdelah sgt nak beri hasil. tapi dulu pun dah tau yg berblog ni memang takde sangat nak beri hasil cuma disebabkan minat mencana 'benda-benda' serabut dalam otak melalui menulis maka terwujudlah blog marhaen ni. jadi bukan sebab takde hasillah kalau camtu kan?

ginilah, bila rasa 'benda-benda' serabut dalam otak banyak akan digagahkan juga untuk menumpahkannya ke laman blog ni. kalau takde maka takdelah isu baru atau kalau ada banyak pun benda-benda serabut tu tapi 'kegagahan' takde maka samalah tu - takdelah juga isu baru nak di postingkan. apalah sangat nak dipaksakan diri kan? ala-kadar...ikut kemampuan dahle....wallahualam.

Thursday, March 29, 2012

diaorang juga perlu diuji...

biarkan...kalau diorang ingat diaorang akan tinggalkan
nak tengok apa 'nilai' kita pada diaorang tu
sanggup ke...teringatkan ke...sayang ke pada kita
kita sanggup korban segalanya untuk diaorang
macamana pula diaorang?

perkara kecil bolehla...ingat kat kita
macam-macam minta...semua kita penuhi
tapi kita tengok perkara yang 'besar' sikit camni
ada tak diaorang ingat kat kita
kadang-kadang diaorang pun perlu diuji

kita bukan nak tengok nilai pengorbanan
tapi kita tengok pada 'niat' dan 'keikhlasan'
tapi kalau diaorang tak tinggalkan langsung
setidaknya boleh kita nasihatkan lagi
masih boleh kita bentuk diaorang tu masa kecik camni

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........

>...........


janganlah diaorang bedal sampai habis karipap ni
langsung tak tinggalkan kat kita...
anak-anak pun kena ingatkan mak-bapak gak
lebih-lebih kalau makanan tu sedap..

Friday, March 09, 2012

kita manusia kelakar

السلم عليكم ورحمة الله

perasan tak ramai manusia tergolong dlm kategori manusia-manusia kelakar. kita risau mati tapi kita bawa motor sambil tiarap. kita 'exercise' berjoging berpuluh kilometer tapi lepas joging kita bedal 3 bungkus nasi lemak. kita nangis teresak-esak meratapi orang yg disayangi 'pergi' tapi masa hidupnya kita tak endahkan pun. kita nak bangun awal pagi esok tapi malamnya kita tido lewat. kita suka sangat nak marah orang tapi bila org marah kita, kita kata tak patut pulak. kita duduk di negara yg luas tanah rata tapi bila beli rumah suka yg di tepi dan lereng bukit (pastu takut pulak bukit tu runtuh!).

kita ubahsuai pintu pagar depan rumah kita sampai beribu ringgit kita belanjakan tapi akhirnya pintu pagar tu asyik dibiar terbuka. kita beli makanan-makanan mahal utk haiwan-haiwan peliharaan tapi makanan-makanan untuk manusia-manusia yg susah dpt makanan terlupa kita nak hulurkan. kita berus gigi-gigi 'sport-rim' keta kita tapi gigi sendiri terlupa kita nak berus. kita tudung lauk-pauk makanan atas meja makan kita tapi kita kuar rumah tak nak pulak kita bertudung.

dan banyak lagi benda-benda kelakar yg kita manusia ni dah atau sedang lakukan. dan bila benda kelakar ini kita lakukan maka kita pun turutlah jadi kelakar juga. sebenarnya walaupun kelakar tapi ianya tak pelik. sikit habuk pun tak pelik sebab? sebab kita dihidangkan didepan kita dengan 'kuasa pilihan'. kuasa pilihan itulah yg jadikan manusia (seperti saya sendiri) jadi kelakar. dan kita juga bebas untuk buat pilihan samada nak berhenti jadi kelakar atau terus jadi kelakar hinggalah ke hembusan nafas kita yg terakhir....wallahualam.

Monday, March 05, 2012

al-fatihah buat bapa mertuaku

assalamualaikum...

hj nasiff bin rahmat, bapa mertuaku telah pulang ke rahmatullah bersamaan 11 rabiul akhir 1433H, 4 mac 2012. setelah kesekian lama aku dan isteri bersama adik-beradiknya setia cuba memberikan perkhidmatan yg terbaik menjaganya namun dia akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya. komplikasi antara berbagai penyakit seperti kegagalan kedua-dua buah pinggang utk berfungsi, jantung, kencing manis yg kronik, paru-paru dan darah tinggi menyusutkan keadaan kesihatan allahyarham hingga ke saat terakhirnya.

semoga roh allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan tenang di tempatkan bersama roh para solihin, para muqarrabbin. amin.

al-fatihah.

Tuesday, February 21, 2012

arrhh!! dia datang dah...

mengenang kasih pada yg sudi
mengenang kekasih lama di saat 'moody'
makin dikenang makin berdenyut nadi
makin dikenang makin buat apapun tak menjadi

imbau perasaan sehingga jadi perasan
tak perasan di tangan ada pulasan
melihat realiti yg sebenarnya imbasan
otak dan pandangan jadi tak kerasan

kunyah roti canai lama-lama
sambil mendengar lagu 'jgn tunggu lama-lama'
terkenang nostalgia kisah lama-lama
seperti menatap gambar lama-lama

arhh!! biar itu semua pergi berlalu
takut kenang sekejap-sekejap jadi selalu
takut senyum seorang-seorang termalu-malu
takut kena bebel dgn 'kekasih baru' bertalu-talu




nahmy,
29 rabiul-awwal 1433H

Wednesday, February 15, 2012

jangan ketepikan hak mutlak itu!

assalamualaikum.....

dah buat checking di mana anda mengundi? saya sendiri belum lagi. insyaAllah dlm masa terdekat ni kot. siapa pun yg kita nak pilih atau nak undi itu tak jadi hal...yg penting mengundi. ambillah bahagian dlm pembentukkan kerajaan...kerana itu adalah hak kita sbg rakyat. kerajaan itulah yg kelak akan menentukkan corak kehidupan 'dunia' kita....samada kerajaan yg menang itu adalah yg kita pilih atau bukan yg kita pilih.

jgn sesekali kita menidakkan hak kita yg 'mutlak' itu dgn kita rasa mengundi itu bukanlah 'penting' sgt pun. jangan brooo...rugi kita. ada orang dok kata rugi je undi sbb yg kita undi tu kalah...tapi tahu ke kita yg kita nak undi tu akan kalah?? tak tahu bukan?? jadi undi je la. kita tak boleh duduk atas pagar sepanjang masa...choose your side, be bold and be brave about it. like what Einstein said,"it's not the successes make a man, its the values". dan 'value' apakah yg kita ada kalau nak mengundi pun tak nak?

tak kisah tentang kekalahan tapi perinsip dan nilai perlu kita junjung. winning isn't always a victory, losing isn't always a defeat. and die trying is much-much more better than die standing! dah lama kita merdeka, dan hak mengundi itu adalah sesuatu yg diperjuangkan dalam kemerdekaan itu sendiri....bermakna jika tidak mengundi maka kita belumlah secara hakikinya 'merdeka' lagi. selamat mengundi......wallahualam.

Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidurasul 1433

السلم عليكم ورحمة الله

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.(Al-ahzab :56)

Barangsiap yg berselawat kpdku sekali, nescaya Allah akan berselawat kpdnya 10 kali.
(Sahih. Dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Nasai, Tirmizi, Ahmad, Darimi dan Bukhari.)


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


Salam Maulidurrasul 1433, semoga kita terus berselawat dan mengamalkan sunnahnya...dan semoga syafaatnya menanti kita disana kelak, insyaAllah.

Tuesday, January 31, 2012

mengigau : satu kajian bukan ilmiah

assalamualaikum...

rasanya semua org pernah mengigau. cuma levelnya berbeza dan terminologi-nya juga dibeza-bezakan. ada yg panggil mimpi ngeri dan ada yg panggil 'nightmare' dan sebagainya. saya juga pernah mengigau dan yg terbaru igauan itu berkisar tentang saya yg dikejar awek-awek jelita separuh bogel. berpeluh beb...berpeluh! mereka berkejaran cuba menangkap saya...adegan ini berlaku kerana saya yg hanyut dilautan tetiba terdampar di sebuah pulau yg dihuni hanya oleh wanita berumur 17-27 tahun. semua penduduk di pulau ni adalah wanita dan rata-rata memang mereka jelita dan berpakaian separuh bogel. yg herannya saya tentang mengigau saya ni kenapa separuh bogel...kenapa tak bogel terus...adusss...pelik betul-lah?!

ok cukuplah tentang mengigau saya tuh...nanti ramai plak yg kata saya 'perasan'. apakah yg dikatakan mengigau ni? mengikut kamus dewan orang-ramai masyarakat papua keluaran 1933 terbitan pustaka sampoengo jilid ke 163, mengigau adalah satu aktiviti luar-kawalan yg berlaku semasa seseorang itu sedang tidur lena. ia tidak akan terjadi kpd mereka yg tidur ayam, tidur tak tentu waktu, yg buat-buat tidur atau yg tak tidur langsung (macamlah kita tak tahu benda ni kan??). mengigau akan terhasil bila pola kecelaruan otak menguasai seseorang semasa dia hendak tidur.

walaupun perkataannya mengigau...namun mengigau juga ada yg baik. contohnya mengigau yg jenis menyebut-nyebut nombor. mereka yg sukakan judi tikam nombor sgt suka kepada orang yg tidur mengigau menyebut-nyebut nombor ni. jadi kepada golongan manusia camni je lah mengigau menyebut nombor ini dikatakan 'baik'. dan tidak pernah direkodkan dlm sejarah org yg mengigau memberi duit pada mereka yg ada disekitarnya. maknanya mereka yg mengigau pun kenal duit. okay bro, setakat tu je dulu yg dpt dicoretkan mengenai mengigau...semoga terelaklah kita dari igauan buruk, wallahualam.

Wednesday, January 18, 2012

hari ini kan kumulakan hidup baru....

"hari ini kan kumulakan hidup baru, sang suria akan jadi temanku oohh sungguhku gembira"..."hari ini kan kumulakan hidup baru, sang suria akan jadi temanku oohh sungguhku gembira". ulang-ulang aku nyanyikan rangkap lagu ni. aku sendiri memang dah lupa lagu siapa dan pada era tahun berapa dia popular. tak silap aku lagu Alleycats...tahun memang aku tak tahu. in fact the whole lyrics pun memang aku tak tahu. cuma baris rangkap yg ni je yg aku tahu. tapi takpe tak ingat keseluruhan lagu pun takpe...sebab dia tak akan selamatkan aku kat kubur kelak - itu pasti!!



cuma aku syok dok nyanyi-nyayi kecil rangkap tu sebab, unconsciously dia menjadikan aku ceria dan mungkin bersemangat. hari-hari adalah hari baru, hari-hari kita perlu gembira. bab tang sang suria tu...itu ia hanyala klise. dia adalah ciptaan Allah dan cahayanya menebar keseluruh bumi ciptaan Allah memberikan 'keceriaan'. jgn puja sang suria tu dahlah nanti tergolong dlm puak-puak majusi plak...heh...heh..

nyanyi-nyanyi gak...tapi itu hanyalah selingan je. yg penting pada Dialah kita mohon agar segala dipermudahkan. hidup adalah amanah, kehidupan adalah satu anugerah...tapi dlm kita hidup menjalani kehidupan tu takle pula kita nak kena serious memanjang kan?? dlm senyum pun kita boleh melepasi segala cabaran dan kesakitan...kan? he..he..entah lah syeikh, itu aku yg kata...dan apa yg aku kata tak semestinya betul...wallahualam.

Wednesday, January 11, 2012

meneruskan perjuangan...perlahan-lahan

ku hela nafas panjang-panjang. ku pejam mata. ku cuba menolak segala bayangan fikiran yg menerjah ke ruang jemalaku. aku tak mahu berfikir tentang apa-apa pun sekarang ni. Januari hampir ke pertengahan. kecoh dan kalut aku bersama isteri masih belum ada tanda-tanda akan surut. takpe...itu semua hanya menjadikan kami 'kuat'...insyaAllah. hal anak-anak hampir 90 peratus selesai begitu juga peruntukkan kewangan yg disediakan terdahulu.

sekarang kami kembali ke zon orang tua kami. aku pergi ke emakku...dia dan aku pergi juga ke bapanya. semalam dan hari ni dapat aku dan abah menghantar emak berubat. esok aku dan isteri akan menghantar pula bapanya ke HKL untuk pemeriksaan susulan. minggu depan insyaAllah aku menghantar pula adik lelaki ku utk physiotherapi-nya di Tawakal. aku pejam mata sekali lagi....tarik nafas panjang-panjang, lepaskan...aaaahhhhh lega sikit. aku panggil puteri bongsuku - zahra. bila dia datang je cepat-cepat aku dukung dan peluk dia sambil pejam mata. aku diamkan diri beberapa saat sambil erat memeluk dia. di usia hampir 3 tahun tu dia mungkin tak faham. tapi takpe...janji stressku reda dan terhindar jauh...walaupun utk seketika.

aku larang diriku dari mengeluh, merungut dan aku tidak mahu berkata-kata apapun pada sesiapa pun hatta isteriku. ye...stress dan keletihan memang menginjak-ginjak ke benak dan susuk tubuhku. itu biasa...itu adalah sebahagian dari tanggungjawab. selagi kederat yg Allah pinjamkan kepadaku ini masih mengalir, aku pastinya akan meneruskan agenda ini. tidakkah Rasulullah pernah berkata 'manusia yang baik adalah manusia yang banyak memberi menafaat kepada manusia lain'....alhamdulillah...